spot_img

Rumah Jadi Seram Selepas 3 Bulan Tidak Pulang, Ada Pula Yang Menumpang. “Saya Nampak ‘Dia’ tersenyum je kat hujung tu”

- Advertisement -

BERMULA dari perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehinggalah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini, pasti ramai antara kita mempunyai pengalaman suka duka sepanjang tempoh itu.

Begitu juga dengan seorang guru yang berkongsi kisah keadaan rumahnya yang ᴅɪᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ sejak tiga bulan lalu.

Perkongsian Sarah yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor menjadi tular gara-gara kapsyen pada setiap gambar keadaan rumah yang dimuatnaik di Facebooknya.

- Advertisement -

Menurut Sarah, dia tidak menduga postingnya itu mendapat perhatian ramai kerana dia sekadar mahu berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh PKP.

“Setiap orang ada pengalaman masing-masing sepanjang tempoh PKP. Nah ni saya punya. Walaupun dapat balik kampung tiga bulan ada juga habuan lain menanti.

Dinding rumah Sarah lembab dan ditumbuhi kulat kerana berlaku kebocoran pada tangki air.

“Jadi bila share tu kita dapat luah apa kita rasa. Mula-mula tu rasa sedih tapi bila kawan-kawan bagi kata semangat tu saya pun macam OK.

- Advertisement -

“Post saya ni kalau siapa-siapa yang lurus, memang mereka akan salah faham. Saya cikgu, jadi memang suka berseloroh macam kapsyen setiap gambar yang saya post tu,” katanya.

Sebaik tiba di rumah sewanya pada satu malam beberapa bulan lepas, Sarah terkejut apabila dimaklumkan suaminya mengenai keadaan rumah mereka yang ᴅɪᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ selama tiga bulan itu.

“Kami sampai dekat pukul 9 malam. Sampai-sampai je lampu luar rumah dah tak menyala. Saya macam OK lah mungkin sebab terputus ke apa. Saya juga expect mesti peti ais pun rosak.

- Advertisement -

“Bila suami ᴍᴀꜱᴜᴋ, dia keluar datang balik kat saya cakap alamak ada bad news. Saya macam… kenapa? Bad news apa? Dia kata tengoklah sendiri.

“Saya pun ᴍᴀꜱᴜᴋ tengok. Dahlah datang time malam memang horror la keadaan masa tu. Memang saya terkejut sebab tak expect keadaan teruk sampai macam tu sekali,” katanya.

Ruang dapur dan freezer perlu dibersihkan kerana bau yang kurang menyenangkan.

Jelas Sarah, bahagian dinding rumahnya lembab sehingga ditumbuhi kulat kerana berlaku kebocoran pada tangki.

“Sebenarnya kami dah tutup air sebelum balik kampung. Pelampung dalam tangki macam ‘terlari’ sikit, jadi berlakulah kebocoran. Dinding semua lembab so effect sofa dan karpet di ruang tamu.

“Perabot dalam master bedroom pun rosak teruk. Tilam dan bantal memang dah naik kulat. Jadi memang kami buang semuanya. Nasib baiklah kusyen sofa boleh cabut, karpet semua kena basuh,” katanya.

“Tapi kali ni dapur tu jadi pusat ‘dia’ beranak dan membuang. Saya nampak ‘dia’ tersenyum je kat hujung tu, siap bagi saya surprise lagi dengan lima ekor anak ‘dia’.” SARAH.

Sarah turut berkongsi gambarnya membersihkan rumahnya dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

“Saya pakai PPE untuk melindungi diri daripada bakteria yang kita tak nampak sebab keadaan rumah memang teruk. Terutamanya part nak kemas peti ais. Bagi saya itulah tugas paling mencabar.

“Huishh bau dia tak boleh nak cakap. Hanya siapa pernah mengalaminya akan tahu perasaan tu. Lagipun saya ada dua peti ais, memang satu ‘bonus’ kat saya.

Sarah memakai PPE semasa melakukan kerja pembersihan di rumahnya.

“Bila dah bersihkan tapi bau tu still ada lagi. Freezer besar tu masih boleh guna tapi mungkin ambil masa bau tu nak hilang. Peti ais kecil tu saya terpaksa tolak sebab saya tak yakin nak guna lagi,” katanya.

Selain itu, Sarah turut dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing bersama lima anakya yang ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ di bahagian dapur rumahnya.

“Masa ᴍᴀꜱᴜᴋ bahagian dapur saya dah bau lain macam dah. Alamak ‘dia’ dah ᴍᴀꜱᴜᴋ dah ni sebab atas siling ada lubang. Selalunya cuti akhir tahun memang ‘dia’ akan curi-curi ᴍᴀꜱᴜᴋ.

“Tapi kali ni dapur tu jadi pusat ‘dia’ beranak dan membuang. Saya nampak ‘dia’ tersenyum je kat hujung tu, siap bagi saya surprise lagi dengan lima ekor anak ‘dia’.

“Itu yang orang ramai ingat hantu tapi sebenarnya kapsyen seram tu merujuk kepada kucing liar tersebut. Kucing tu memang duduk lorong belakang rumah dan dulu pun ‘dia’ pernah beranak kat dapur rumah,” katanya.

Anak kucing yang selamat ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ di bahagian dapur rumah Sarah.

Cerita ibu kepada seorang anak itu, dia dan suaminya mengambil masa selama beberapa hari untuk membersihkan rumah mereka itu.

“Hari pertama tak boleh mula sebab ada hal kat sekolah. Jadi hold dulu, lusa kemas dan hari ni baru habis bersihkan.

“Semua saya dan suami kemas sendiri, lebih puas hati. Sekarang tinggal tunggu dinding rumah betul-betul kering, lepas tu barulah boleh cat baru,” katanya.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL