spot_img

Anak Disahkan Cerebral Palsy Kerana Pengasuh Suka Lambung Dan Biarkan Menangis Lama

- Advertisement -

SETIAP ibu bekerja yang bakal ᴍᴇʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ anak, sentiasa dalam dilema di mana hendak ditempatkan bayi apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Lagi-lagi bagi ibu yang baru ᴍᴇʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ anak sulung.

Bagi ibu yang dah ada pengalaman ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ anak pada pengasuh atau taska sebelum ini mungkin tak ada masalah sebab kakak atau abang pernah berada bawah jagaan individu terbabit. Kita dah tau macam mana mereka jaga.

Cuma agak sukar bagi yang baru pertama kali nak hantar dan tidak tahu apa nasib anak bila ᴅɪᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ bawah jagaan orang. Namun disebabkan komitmen sekarang ini yang memerlukan ibu juga bekerja bagi sama-sama menampung keperluan keluarga, nak tak nak kena hadap juga.

- Advertisement -

Memang diakui bukan keputusan mudah nak ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ anak setiap pagi pada orang lain, lagi-lagi dengan pelbagai kejadian melibatkan ɴʏᴀᴡᴀ anak akibat kecuaian pihak tertentu tetapi kita hanya mampu berserah pada Allah. Moga semuanya baik-baik saja.

Azfar anak syurga

Menerusi perkongsian ibu ini, yang dikenali sebagai Puan Linda, dia ada kongsikan pengalamannya anak sulungnya yang kini disahkan mengalami Cerebral Palsy akibat kecuaian pengasuh.

- Advertisement -

 

Melalui apa yang diceritakan Puan Linda, anaknya ʟᴀʜɪʀ sihat dan normal tanpa apa-apa masalah namun peristiwa hitam yang kekal dalam ingatannya sampai hari ini sangat pedih tetapi reda walaupun terasa agak ralat.

- Advertisement -

 

Menerusi video yang di akaun TikToknya, Linda berkongsi mengenai kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang berumur 13 tahun disahkan ᴍᴇɴɢʜɪᴅᴀᴘ ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ Celebral Palsy.

 

Walaupun kini anaknya itu sudah berada di Tingkatan 1, namun peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang 13 tahun lalu masih segar dalam ingatan.

 

Azfar dilahirkan normal tetapi pada usia tiga bulan Azfar telah ᴅɪᴍᴀꜱᴜᴋᴋᴀɴ ᴋᴇ ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ. Ketika itu, doktor telah mengesahkan Azfar mengalami ᴘᴇɴᴅᴀʀᴀʜᴀɴ di kepala kiri dan kanan sehingga menyebabkan ᴏᴛᴀᴋɴʏᴀ ᴊᴀᴅɪ ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ.

 

Dipercayai dilambung dan dibiarkan menangis lama

Doktor mempercayai punca Azfar jadi sebegitu kerana dia mungkin dilambung dan dibiarkan menangis lama oleh pengasuhnya.

 

Malah selepas kejadian itu, pelbagai ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ dilakukan ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋʟᴀʜ melakukan ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ, namun Azfar masih tidak dapat berjalan dan mampu menyeret saja untuk ke mana-mana.

Pada usia 4 tahun lebih, baru Azfar dapat berjalan tapi tak macam biasa. Anggota badan sebelah kiri saraf dah ᴍᴀᴛɪ. Tangan dia genggam dan kaki tak kuat dan stabil. Mata kabur dan tak boleh fokus.

Tarik balik laporan polis

 

Walaupun ujian ini sungguh berat baginya waktu itu, namun mengenangkan nasib pengasuh yang dah berumur dan sehingga mengalami ᴅᴇᴘʀᴇꜱꜱɪᴏɴ, Linda telah menarik laporan polis atas belas ihsan. Saya juga selalu ceritakan pada Azfar akan hal ini dan dia juga turut maafkan nenek (pengasuh).

 

Pengasuh tu sepanjang anak Linda masuk ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ sampai keluar, langsung tak datang jenguk ataupun minta maaf. Sedangkan rumah kami berdepan je. Moga kisah anak saya ini dapat beri peringatan bersama dan bagi ibu yang diuji dengan ujian berat seperti ini, kena kuat kerana anak syurga ini yang akan beri kebahagian di sana nanti.

 

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL