spot_img

Rakaman Bentuk Awan Yang Terbentuk Selepas Kapal KRI Nanggala 402 Tenggelam Buat Warga Maya Terpaku

- Advertisement -

SEBUAH video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu, tular di media sosial.

Video berkenaan menarik perhatian netizen, sekali gus ᴍᴇɴɢᴜɴᴅᴀɴɢ pelbagai reaksi di laman sosial.

Video berkenaan dirakamkan berhampiran Denpasar, Bali oleh individu dikenali sebagai Andrawan dan dikongsi menerusi laman instagramnya @andrawan_ari

- Advertisement -

Menurut Andrawan, dia merakam video berkenaan sekitar pukul 5 pagi untuk melihat matahari terbit dan hanya menyedari bentuk unik awan itu setelah melihat video itu secara berulang kali.

Sebuah video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu, tular di media sosial. – Foto Instagram/@andrawan_ari

Walau bagaimanapun, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menjelaskan fenomena awan itu dikenali sebagai awan kumulus.

“Bentuk awan berkenaan dipengaruhi oleh proses cuaca iaitu pergerakan angin, wap air, dan jumlah wap air di kawasan berkenaan,” ujar BMKG.

- Advertisement -

Secara saintifiknya, awan kumulus adalah merupakan tompokan awan dengan dasarnya rata dan struktur atas yang berbonggol-bonggol.

Dalam bahasa Latin, Kumulus juga dikenali sebagai ‘timbunan’ atau ‘gumpalan’.

“Ia terjadi akibat proses perolakan.

- Advertisement -

“Ia juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu awan strato kumulus iaitu awan kumulus yang baru terbentuk; awan kumulus dan awan kumulonimbus iaitu awan kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang bergabung menjadi satu,” memetik laporan akhbar tempatan.

Video:

Berikut reaksi dari netizan

“So selalu lah memandang Alam ciptaan tuhan dgn mata hati hikmah di sebalik kejadian Alam ciptaan Allah ini kalau ikut pandangan mata sains @meteorologi is adalah awam kumulus jadi utk melihat kebesaran Allah pandanglah dgn mata hati sedang pandangan sains barat @ metrologist adalah rekaan manusia.

“Maha Hebat Allah pencipta semesta alam, Dia lah pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi.

“ketika tenggelam sejadah yang kita temui.. beberapa hari kemudia awan membentuk kapal selam tersebut. Yg masih hidup tiada kuasa melainkan hanya mampu sujud kpada pencipta. Yang terkorban Allah gantikan tempat yang lebih baik untuk mereka.

Penjelasan Kenapa Anak Kapal Tidak Berenang Ke Permukaan

INI BUKAN PARAS DADA ITIK – Saya tertarik baca komen-komen ʟɪᴀʀ berkenaan kes tenggelamnya kapal selam milik TNI-AL KRI Nanggala 402. Ada komen bertanya kenapa anak-anak kapal tidak berusaha membuka pintu ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ serta kenapa tidak cuba berenang ke luar dan naik ke atas.

Bagi menjawab komen-komen ʟɪᴀʀ ini pertama kita harus faham bahawa sesetengah netizen tidak pernah mengambil tahu tentang kapal selam, jauh sekali dunia pertahanan amnya. Jika hal semudah beza antara kaliber ᴘᴇʟᴜʀᴜ pun mereka tak tahu inikan pula hal-hal lebih teknikal dan mendalam.

Harus diketahui bahawa kapal selam dicipta untuk menyelam pada kedalaman tertentu dan kapal selam tidak mempunyai sebarang pintu ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ dan ini bukannya macam Bas Kilang Matsushita warna biru dengan tertulis PINTU ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ di belakang badan bas. Bahkan pintu kapal selam berupa hac tu direka supaya berupaya menahan air laut daripada masuk ke dalam ruang kapal.

Selanjutnya kedalaman dan tekanan. Pada kedalaman 700m adalah mustahil bagi manusia berenang ke luar. Ini kerana tekanan pada kedalaman 700m dikirakan pada sekitar 70ATM sedangkan tubuh manusia tdak mampu menahan tekanan sedalam itu. Pada tekanan 3 atau 4 ATM pun manusia sudah merasa tekanannya. Tahu tak 700m tu hanya kurang 300m nak mencukupkan 1km? Itu sangat dalam.

Apa jadi jika manusia tetap keluar pada kedalaman 700m dan cuba berenang naik ke atas. Mustahil. Kerana gegendang telinga akan serta merta ᴘᴇᴄᴀʜ, paru2 ʙᴇʀᴅᴀʀᴀʜ ᴅᴀɴ ᴘᴇᴄᴀʜ sebelum sempat manusia sampai ke permukaan laut. Andai kapal selam terdampar pada kedalaman 300-400 meter mungkin barangkali boleh difikirkan. Tekanan pada kedalaman 700m bukan semacam kita berenang riang ria di kolam renang paras dada itik sambil diperhatikan dek ᴄɪᴋᴀʀᴏ minum air oren, ada payung kecil pada gelas. Bukan.

ᴘᴇʀꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀᴀɴ moden hari ini melibatkan banyak faktor sains dan bukan boleh dikomen secara sesuka hati. Harus difikirkan mengapa begitu begini sebelum ianya layak untuk kita perkatakan dengan hujah yang baik berserta contoh yang baik. Komen sembrono menunjukkan bahawa kita bukan seorang yang banyak membaca dan tahu apa yang kita komenkan.

Pun begitu di kesempatan ini saya menyeru warga net yang membaca posting ini agar sama-sama mendoakan buat ketenangan ʀᴏʜ-ʀᴏʜ ᴍᴀɴɢꜱᴀ lnsiden ini serta waris-waris mereka dikurniakan kekuatan dalam mengharungi masa yang sukar ini. Malaysia dan Indonesia negara jiran serumpun. Cubit paha kanan paha kiri terasa.

 

Reaksi wargamaya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL