spot_img

Lori Sugarbomb Terbalik, Wangian Bernilai RM100K Berterabur

- Advertisement -

PELAWAK Achey bergegas ke lokasi apabila dimaklumkan sebuah lori yang membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000 terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara menghala ke ibu negara, beberapa hari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan lori satu tan bersama pemandu dan kelendan dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebelum salah satu tayar belakang kenderaan itu ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ.

- Advertisement -

Bagaimanapun, tiada ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ berlaku, sebaliknya ribuan produk berterabur dan ᴘᴇᴄᴀʜ atas jalan raya.

Malah, video sekitar ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ telah dimuat naik Achey menerusi Instagram sehingga mencetuskan tular apabila ditonton hampir 700,000 kali.

- Advertisement -

Meninjau ke ruangan komen pada entri terbabit, ramai mendoakan yang baik-baik dan tidak kurang memuji keprihatinan bintang itu yang turun ke lokasi ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ untuk meninjau situasi meski trafik pada ketika itu agak sesak.

Selaku duta kepada ꜱᴜɢᴀʀʙᴏᴍʙ, Achey berkata, atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ komitmen lain apabila mengetahui lori yang membawa muatan produk tersebut terlibat ɴᴀʜᴀꜱ.

- Advertisement -

“Sehari sebelum ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ, satu kontena produk SugarBomb terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini.” Syarikat ꜱᴜɢᴀʀʙᴏᴍʙ tentulah mengalami kerugian besar, namun hal tersebut juga disifatkan sebagai ujian bulan Ramadan.

“Saya memuat naik video ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ bukannya sengaja mahu menarik perhatian, sebaliknya saya memerlukan doa orang ramai. Bagaimanapun, saya tidak menyangka video berkenaan tular.”

“Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya. Tidak dinafikan, banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan,” katanya.

Achey pada masa sama turut menjelaskan, dia tidak mahu sekadar bergelar duta yang hanya menunggu imbuhan setiap bulan. Selagi ada masalah melibatkan jenama itu, dia cuba membantu apa yang termampu.

“Memang saya tak mampu nak hulur duit bantu ganti rugi, tetapi saya percaya, sokongan dan semangat perlu diberikan dalam keadaan ditimpa musibah.”

“Saya sanggup menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Sebab saya tahu, jalan raya pasti ꜱᴇꜱᴀᴋ apabila lori terbalik. Memang betul tekaan saya, jalan raya ꜱᴇꜱᴀᴋ dan petugas ꜱᴜɢᴀʀʙᴏᴍʙ bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran ꜱᴜɢᴀʀʙᴏᴍʙ, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, lori yang membawa muatan barangan dalam perjalanan ke PWTC untuk menghantar produk wangian badan, penyegar udara dan wangian rumah bagi satu acara yang dijadual berlangsung, keesokannya.

“Kami bersyukur pemandu dan kelendan lori tidak mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ, biarpun sebahagian produk rosak dan bertaburan atas jalan raya.”

“Agak ᴍᴀʟᴀɴɢ apabila tayar belakang lori ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, sebelum terbalik di lorong kanan. Acara disertai tetap diteruskan, produk rosak terpaksa digantikan dengan yang lain,” katanya.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL