spot_img

Bayi Kritikal Selepas Dilahirkan, Ibu Lelong Barang Tampung Kos Pembedahan Anak

- Advertisement -

BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi sebuah keluarga yang terpaksa mencari dana tambahan bagi menampung kos ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ anaknya yang baru sahaja berusia 46 hari.

Kisah yang meruntun hati ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ummi Ar Rayyan di laman Facebook, dan membuatkan rata-rata warganet berasa sebak akan kisah anak keduanya itu.

‘Ada tak yang nak beli car seat?’

- Advertisement -

Menerusi posting tersebut, wanita ini menawarkan untuk menjual car seat dan beberapa barangan bayi bagi menampung kos ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ anaknya yang diuji dengan pelbagai ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ. Difahamkan, segala hasil jualan barangan-barangan tersebut akan diguna pakai bagi menampung kos ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ anaknya itu.

Keputusan MRI scan otak anak saya baru dapat update dari doktor. Hasilnya ada beberapa ᴘᴇɴᴅᴀʀᴀʜᴀɴ dalam otak anak saya , dan juga saluran air dalam otak tersumbat dan menyebabkan saluran air tu ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ. Perlukan menjalankan ᴏᴘᴇʀᴀᴛɪᴏɴ untuk keluaran cairan yang tersumbat tu . Anak saya baru berusia 46 hari namun, dah diduga dengan macam-macam ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ.

Pada masa yang sama, dia turut meminta doa daripada orang ramai supaya anaknya kembali sembuh seperti sedia kala. Berbicara dengan lebih lanjut, wanita ini menjelaskan keadaan anaknya selepas dilahirkan sama sahaja seperti bayi yang lain namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

‘Misi kena jaga adik 24 jam’

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

Jelas wanita ini, anaknya yang dikenali sebagai Sofia merupakan seorang bayi yang sangat aktif seperti bayi-bayi yang lain.

Happy sangat umie waktu lahirkan adik , susukan adik . Tuhan je yang tahu perasaan umie waktu tu macam mana. Namun, apakan daya keesokan harinya doktor pakar datang nak cek SPO2 adik , tapi ᴍᴀʟᴀɴɢɴʏᴀ spo2 adik tak naik-naik . Naik pun dlm 84% je . Hm risaunyaa umie . So doktor bawa adik pergi ᴡᴀᴅ baby utuk pantau sehari. Tapi masa tu umie yakin yang adik ada masalah nafas laju je sebab mungkin adik dah terberak dalam perut . Umie cuba pikir positif . Umie balik rumah tanpa adik . Sedih sangat-sangat dengan ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ susu lagi , sebab adik tak susu.

Namun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila doktor membuat panggilan telefon dan memberitahu unuk berjumpa bagi menjelaskan apa yang telah berlaku kepada anaknya itu. Pada masa itu, wanita ini sudah meletakkan harapan yang tinggi untuk membawa pulang anaknya ke rumah namun, sangkaannya ketika itu meleset sama sekali.

- Advertisement -

Tapi bila dah sampai ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ, umie nmpak adik terbujur kaku di katil dengan oksigen kat mulut , wayar hampir penuh satu badan. Adik tak bergerak, Doktor beritahu umie yang dah kritikal , sarat , tenat 50-50. Tambahan lagi, doktor cakap adik kena sawan banyak kali. Sehinggakan kena pasang camera kat katil adik untuk pantau sawan adik.

Misi pun kena jaga adik 24 jam. 6 jarum ᴍᴀꜱᴜᴋ kat setiap badan adik 2 jarum kat kepala , 2 kat tangan , 2 kat kaki . tuk ᴍᴀꜱᴜᴋᴋᴀɴ ubat , ᴅᴀʀᴀʜ , air , vitamin macam-macam lagi, ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ-ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ badan adik. Banyak ꜱᴀᴋɪᴛ yang adik kena tanggung , paru-paru ʙᴇʀᴅᴀʀᴀʜ , usus tersumbat , buah pinggang ᴄᴇᴅᴇʀᴀ , macam-macam lagi. Sampai satu masa doktor cakap hampir semua organ dalaman adik ʀᴏꜱᴀᴋ Allahu.

Reaksi Warga maya

 

Facebook Ummi Ar Rayyan

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL