MASIHKAH korang ingat tentang kisah seorang pembaca berita Astro Awani, iaitu Luqman Hariz yang viral apabila memberi kenyataan ‘otak letak di lutut’ tempoh hari?
Meskipun kenyataannya meraih sokongan penuh daripada netizen berkaitan isu peniaga dikenakan kompaun RM50,000 kerana ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP, isu tersebut disiasat polis atas ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ menimbulkan ꜰɪᴛɴᴀʜ.
Malah, pihak Astro Awani turut menyiarkan kenyataan media menjelaskan akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak polis berikutan isu berkenaan.
Selesai siasatan, kembali bertugas di Awani 7.45
Difahamkan setelah selesai siasatan, baru-baru ini, penyampai berita itu menjelaskan sudah kembali bertugas di berita awani 7.45 menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya.

Rakyat sentiasa beri sokongan
Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen meluahkan perasaan gembira tatkala melihat pembaca berita tersebut kembali bertugas seperti biasa.
Mereka ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ pesanan agar jangan takut dan teruskan menyampaikan berita dengan telus dan ikhlas untuk masyarakat.
Dalam pada itu, ramai juga yang berjanji untuk memberi sokongan kepada pembaca berita berkenaan.
Selamat kembali!
Jangan gentar walau ᴅɪᴀᴄᴜᴋᴀɴ ᴘᴇᴅᴀɴɢ di leher
Rezeki dari Allah, rakyat menyokong kamu
Berani tegakkan kebenaran!
Terima kasih bro
Apa yang bro cakap benda betul
Rakyat marhaen semua ‘support’ bro
Terus sampaikan maklumat yang benar
Terdahulu, pembaca berita berkenaan menjadi tular apabila memberi ayat bernada sindiran sewaktu sedang bersiaran menyampaikan berita tentang isu kompaun RM50,000 peniaga.
Berikutan itu, dia dipuji oleh netizen kerana berani ‘bersuara’ mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Namun, pihak polis menganggap ianya sebagai satu ꜰɪᴛɴᴀʜ dan menjalankan siasatan terhadap pembaca berita terbabit.
Antara Reaksi Warga Twitter
Video Terdahulu
Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: