spot_img

Adik Syed Danial Syahmi Pasti Dapat Kaki Palsu, Ibu Dedah Pernah Disaran Gugurkan Kandungan

- Advertisement -

PERNAH tular di media sosial berkenaan posting seorang ibu yang dikenali sebagai Azlindahani Othman yang menceritakan impian anak istimewanya.

Walaupun muat naik tersebut dibuat pada 2 September yang lalu, namun perkongsian yang menghibakan itu terus menjadi bualan warganet yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Permintaan hari jadi anak istimewa

Menerusi apa yang dikongsikan Azlindahani, perbualan mereka adalah merujuk kepada impian kanak-kanak tersebut yang ingin mempunyai kaki pada hari lahirnya.

- Advertisement -

Sedih tak dapat tunaikan impian anak

Hal ini telah mendapat perhatian akhbar tempatan yang bertindak menghubungi ibu kepada kanak-kanak istimewa tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu.

- Advertisement -

Menurut Azlindahani, dia berasa sedih kerana tidak dapat menunaikan impian anaknya yang dikenali sebagai Syahmi mahu mempunyai kaki seperti kanak-kanak normal sedangkan Azlindahani pernah berjanji akan menunaikan segala kemahuan anaknya.

“Saya sedih kerana tidak dapat tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir saya sudah berjanji untuk beri apa yang dia mahukan.”

“Malah, bukan sekali tetapi berkali-kali Syahmi luahkan keinginan untuk berjalan dan berlari seperti abangnya” Katanya.

- Advertisement -

Doktor sudah beritahu ada ᴋᴇᴄᴀᴄᴀᴛᴀɴ

Tambah Azlindahani, ketika Syahmi berusia 4 bulan dalam ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ, doktor pernah menyarankan agar dia ᴍᴇɴɢɢᴜɢᴜʀᴋᴀɴ ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ, namun dia berasa bimbang.

Doktor juga pernah menjangkakan jika bayinya lahir berkemungkinan hanya bertahan hidup selama satu tahun sahaja.

“Ketika ʜᴀᴍɪʟ doktor ada memberitahu berkenaan ᴋᴇᴄᴀᴄᴀᴛᴀɴ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ dan meminta saya membuat ujian untuk mengenal pasti sama ada wujud kromoson ʙᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ.”

Sekiranya ada, doktor mengesyorkan ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ ᴅɪɢᴜɢᴜʀᴋᴀɴ namun saya enggan melakukan ujian kerana bimbang.”

“Saya bimbang dia tidak dapat hidup lama dan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institusi Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ.”

“Sejak itu, Syahmi tidak pernah ᴊᴀᴛᴜʜ ꜱᴀᴋɪᴛ dan jika ada sekalipun dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih.” Tambahnya lagi.

Adik Syed Danial Syahmi pasti dapat kaki palsu

“Sumbangan diterima memberi semangat buat kami untuk terus berikhtiar sehingga anak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal,” kata Azlindahani Othman, ibu kepada kanak-kanak tanpa betis, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 10.

Azlindahani, 39, memberi reaksi berkenaan ketika diminta berkongsi perasaan selepas menerima sumbangan RM5,000 daripada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Metro Prihatin) pada february lepas, buat anak bongsunya itu yang mesra disapa Syahmi.

Menurut Azlindahani, Syed Danial Syahmi ada bertanya bila dia akan memiliki kaki namun dia meminta kanak-kanak berkenaannya bersabar.

“Syukur kerana Allah SWT membuka lagi jalan untuk saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, berusia 41 tahun, menunaikan hasrat Syed Danial Syahmi.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Media Prima dan Harian Metro atas bantuan diberikan dan kami amat menghargainya,” katanya dihubungi.

Bercerita lanjut, Azlindahani mengakui ada beberapa individu menghubungi dan menunjukkan minat untuk menawarkan bantuan selepas kisah Syed Danial Syahmi disiarkan.

Namun, belum ada maklum balas susulan diterima sehingga kini daripada individu terbabit.

“Pada 21 Januari lalu, Bioapps Sdn Bhd (syarikat pembuat alatan sokongan untuk tangan dan kaki serta anggota palsu) dari Pusat ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ Universiti Malaya (PPUM) sudah memberi sebut harga bagi kaki palsu Syed Danial Syahmi namun saya dan suami tidak mampu menampung kosnya yang mencecah RM12,000.

“Persatuan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ Jarang Jumpa (MRDS) juga ada menghubungi kami dan menyatakan akan cuba membantu mengumpul dana.

“Namun saya dan suami tidak meletak harapan tinggi kerana tahu kosnya tinggi malah berasa seperti sudah tidak dapat menunaikan impian anak untuk memiliki kaki,” katanya.

Azlindahani berkata, bagaimanapun, mereka akan terus berusaha untuk menunaikan impian Syed Danial Syahmi mendapatkan kaki palsu.

Disember lalu, sebuah akhbar tempatan menyiarkan kisah Syed Danial Syahmi yang bukan hanya dilahirkan tanpa betis malah menghidap ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ ʙᴇʀʟᴜʙᴀɴɢ selain hanya memiliki sebelah buah pinggang saja.

Kisah Syed Danial Syahmi mendapat perhatian netizen selepas Azlindahani berkongsikannya di Facebook (FB).

Satu hantaran yang menyentuh hati netizen ialah ketika Syed Danial Syahmi meluahkan hasratnya untuk memiliki kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13.

Syed Danial Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL