spot_img

“Ibu Seperti Mimpi, Hari Sepatutnya Anak Lahir Allah Ambil Selamanya”

- Advertisement -

ANDAI sampai ᴀᴊᴀʟ tak cepat tak lambat. Hari yang sepatutnya serah diri untuk ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ, menjadi pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila apabila anak syurga pergi buat selamanya.

Berat sungguh hati seorang ibu saat diberitahu doktor bayi yang dah bersedia ʟᴀʜɪʀ, denyutan jantungnya terhenti. Macam mimpi kerana sebelum itu setiap pergerakan kamu ibu rasa dan sangat aktif.

Menerusi perkongsian Puan Nadhirah Mukhtar, perginya bidadari syurganya, Hessa Fateema Binti Mohamad Fakhrul Tahfiz genap 40 minggu sesuatu yang sangat tak disangka sama sekali.

Yang dalam gambar ni selepas Hessa dibersihkan. Sbb tu lagi banyak merah-merah. Kulit dah banyak tanggal lepas dibersihkan. Bukan kesan air ᴘᴀɴᴀꜱ/ʟᴇᴄᴜʀ.
- Advertisement -

Kamu ʟᴀʜɪʀ dengan sangat comel sekali. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman yang sangat berharga ini. Disebabkan ramai sangat tanya apa yang berlaku pada Hessa, ibu akan ceritakan lebih lanjut.

Hessa Fateema ʟᴀʜɪʀ dengan berat 4.53 kilogram secara normal. Tiada punca tapi ᴅᴏᴋᴛᴏʀ decide kata anggap sebab GDM masa ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ. Tak sampai setengah jam sebelum nak jumpa doktor untuk buat pemeriksaan sebelum bersalin, Hessa berhenti bergerak. Padahal sepanjang ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ bacaan gula semua elok walaupun perlu diet control.

30 Disember 2020 merupakan hari di mana ibu kena serah diri ke HSI disebabkan ibu ade GDM on diet control, tak boleh lebih dari 40w. Semasa tunggu di ruang menunggu sebelum ke PAC untuk cek ctg baby dan (VE) cek bukaan jalan semua, jam menunjukkan 9 pagi. Ibu mula mengira pergerakan baby seperti hari-hari biasa. Jam 9 lebih Hessa iboo masih bergerak dalam perut.

- Advertisement -

Kemudian, pukul 10 pagi, sampai turn ibu buat ctg, nurse cari-cari jantung, tak jumpa. Masa tu, jantung ibu dah mula nak luruh. Doktor terus scan dan sahkan memang dah stop jantungnya. Masa tu, jantung ibu yang rasa berhenti sekali.

Doktor suruh call husband dan husband tengok sekali scan. Kami berdua lemah lutut dan saling berpelukan kerana hilang kekuatan dalam diri. Tujuan utama ke HSI berubah menjadi 100%.

- Advertisement -

Masa tu ibu cuba untuk mengawal kesediaan, masih berfikir kemungkinan bila Hessa ʟᴀʜɪʀ nanti, ada keajaiban. Baby akan menangis lepas skin to skin dengan ibunya macam dalam iklan-iklan yang pernah ibou tengok.

Dipendekkan cerita, ᴅᴏᴋᴛᴏʀ cadangkan biar baby ʟᴀʜɪʀ sendiri, maksudnya ibu balik dulu, nanti tunggu baby ʟᴀʜɪʀ sendiri. Tapi ibu ayah decide untuk induce je. Tak sanggup biar baby lama-lama dalam perut tanpa ɴʏᴀᴡᴀ. Jadi, plan ᴅᴏᴋᴛᴏʀ ibu akan warded untuk induce belon esoknya.

Jutaan terima kasih kepada Dr Wan Noor Asma kerana sudi datang tanpa jemu lawat ibu dan tak putus bagi semangat. Alhamdulillah Allah sentiasa hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling ibu.

Pada 31 Disember 2020

Allah Maha Kuasa, sepatutnya pukul 3 petang ibu akan di induce belon. Jadi, Ibu di panggil ke bilik untuk induce. Sebelum induce, doktor VE dulu dan terkejut, jalan dah buka 8cm. ᴅᴏᴋᴛᴏʀ pelik sebab ibu boleh berjalan macam biasa dan tak ꜱᴀᴋɪᴛ. Allah Maha Baik.

Allah uji ibu, tapi Allah mudahkan semua urusan ᴋᴇʟᴀʜɪʀᴀɴ Hessa. Alhamdulillah, Bila ibu rasa nak ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ, terus hantar ibu ke Labour Room dan proses ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ bermula.

Tepat azan Asar, baby Hessa selamat ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ ke dunia. Doktor terus skin to skin kan Hessa pada ibu. Ibu peluk kuat-kuat Hessa dan cium tanpa henti. Allah rindunya bau Hessa, Bau Hessa lain dari bau baby-baby ibu yang lain. Baunya unik, sedap sangat. Sampai kat tudung ibu melekat baunya.

Masa Hessa ʟᴀʜɪʀ, kulit-kulit di badan dah mula tanggal sebab seharian ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dalam perut. Tapi kuasa Allah, muka Hessa tiada satu kulit yang tanggal. Allah nak tunjukkan pada ibu macam mana rupa anak syurga ibu seorang ni. Allahuakhbar. Cantik sangat Hessa ibu. Subhanallah. Indah sangat ciptaan Allah.

Sampaikan ibu cakap, patutla kamu dipilih utk menjadi bidadari. Ibu redha. Bila ʟᴀʜɪʀ je Hessa, redha datang sendirinya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami pertolongan dan dipermudahkan urusan walaupun kami diberi dugaan sebegini.

Kena ᴘᴀɴɪᴄ ᴀᴛᴛᴀᴄᴋ ketika berpantang

Malah ketika berpantang, saya kena ᴘᴀɴɪᴄ ᴀᴛᴛᴀᴄᴋ. Nak mandi atau tidur tak boleh tutup pintu. Seolah-olah rasa tak cukup nafas, jantung jadi laju. Nasib baik tak meroyan sebab suami banyak bagi sokongan emosi.

Punca kena ᴘᴀɴɪᴄ ᴀᴛᴛᴀᴄᴋ ni mungkin sebab saya cuba lawan. Jadi signal badan react macam tu. Apabila saya belajar teknik pernafasan yang betul, barulah lama-lama semakin ok.

Kalau tak dalam sehari berkali-kali saya kena ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ ni. Sekarang ni pun selepas 3 bulan masih lagi ada cuma hanya datang sesekali je. Lagi satu, saya jadi tak kuat sebab anak sulung asyik menangis rindukan adiknya.

Kakak dan abang masing-masing menantikan ᴋᴇʟᴀʜɪʀᴀɴ adik sebab mereka dah besar dan faham nak sayang adik. Namun lain pula jadinya apabila mereka tengok sekujur badan yang kaku depan mereka ketika menunggu kehadiran adik pulang ke rumah.

Nasihat saya, buat ibu yang sedang ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ, jagalah ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ elok-elok kerana kita tak tahu keadaan bayi dalam perut.

Doakan semoga ibu dan ayah sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menempuh ujian ini. Akan kami cerita kan yang indah-indah tentangmu wahai anak syurgaku. Ibu sentiasa menyayangimu.

Facebook Nadhirah Mukhtar

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL