spot_img

Viral Rakaman Suri Rumah Kongsikan Rahsia Jana RM18K Dengan Jadi Gamers Di FB

- Advertisement -

SERONOKKAN? bila main game sahaja boleh meraih pendapatan beribu-ribu ringgit.

Kalau kita dapat beratus ringgit pun dah seronok. Ianya memang menjadi impian setiap anak muda pada zaman sekarang ini.

Begitulah kisah seorang wanita bernama Roslinda Bt Embran atau lebih dikenali Lynda Embran merupakan seorang ‘gaming video creator’ di Facebook. Bermula dengan hanya 5 orang ‘viewer’ sahaja, dia tidak berputus asa dan terus mencuba sehingga pendapatan pertamanya cecah RM18 ribu. Lynda Embran raih RM18K dengan jadi gamers di FB Sahaja. Lynda Embran kongsikan sedikit rahsia bagaimana beliau menjana pendapatan sebanyak itu.

- Advertisement -

Mereka kata buat apa main game ni, lebih baik masak dekat dapur. Saya jawab senang je ini kerja saya.

Saya main game untuk menjana pendapatan untuk saya dan keluarga saya sokong saya.

- Advertisement -

Pertama kali gaji saya dapat dalam RM18 ribu. Tak pernah terfikir akan dapat gaji banyak macam ni.

Kalau dulu harapkan duit suami je. Kontrak kita ikut ‘viewers’, kalau kita stream setiap hari, Facebook nampak contact untuk jadi partner.

- Advertisement -

Sebenarnya saya bermula dari zero, kalau tiada skills pun takpe asalkan pandai menghibur.

Menurutnya lagi, pada asalnya beliau hanya berimpian untuk menjana pendapatan dari aktiviti ini. Dari tiada ilmu dan pengalaman juga kemahiran dalam bidang ini, Lynda belajar sendiri dengan menghiburkan penontonnya. Betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, siapa sangka akhirnya impian itu betul-betul menjadi kenyataan.

Mula-mula pasang impian dulu, tak salah mencuba sebenarnya, anak muda yang nak jadi streamer kena usaha dan buktikan.

Namun begitu, bukanlah sekali stream game terus boleh dapat pendapatan, beliau juga pernah gagal dan mencuba berkali kali sebelum berjaya raih pendapatan sebanyak itu.

Sebelum berjaya sebenarnya ada kegagalan. Susah untuk pertama kali terus dapat kejayaan, mesti gagal dulu.

Dari Facebook MissRose Gaming

Reaksi warga maya

Saksikan Rakaman Ini

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL