spot_img

Lebih 50 Kali Saya Call. ᴀʀᴡᴀʜ Dah Bayar Zakat Dan Beli Baju Raya Untuk Kami

- Advertisement -

SUAMI dah beli pakaian dan kasut raya untuk saya, anak serta ibunya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah keluarga di Felda Bukit Damar, Lanchang. Tak sangka semua ini adalah kenangan terakhir buat kami,” kongsi Nor Fitrah Ramli, 25, isteri Konstabel Norhalim Tumiran yang ᴍᴀᴜᴛ akibat ᴛᴇʀᴛᴇᴍʙᴀᴋ oleh rakan sepasukan di rumah sewa.

Suami teruja sediakan keperluan raya

Walaupun ᴀʀᴡᴀʜ tak dapat pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu, Sarawak, keperluan buat insan tersayang sama sekali tak dilupakan. Suami yang paling teruja setiap kali dimaklumkan barangan tiba. Dia akan membuat panggilan video dan minta kami mengenakan pakaian itu untuk melihat jika kami suka dengan hadiah yang dihantarnya dari jauh.

- Advertisement -

Pagi hari kejadian, suami juga ada telefon untuk memaklumkan dia sudah menyelesaikan bayaran zakat fitrah buat kami sekeluarga dan ibunya kerana baru mendapat gaji.

Hubungi suami lebih 50 kali

Selepas itu, petang hari kejadian saya menghubungi pula suami tetapi dia tak jawab. Lebih 50 kali jugalah sehingga saya berasa hairan apabila semua panggilan tidak dijawab. Biasanya dia akan jawab walaupun ketika bertugas.

Norhalim, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan ᴘᴇɴᴄᴇɢᴀʜᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan ᴍᴀᴜᴛ dengan kesan ᴛᴇᴍʙᴀᴋᴀɴ pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah di Taman Permai yang disewa rakannya pada malam Khamis lepas.

- Advertisement -

Kejadian dipercayai berlaku apabila rakannya, yang juga anggota polis, bergurau sambil mengacukan ᴘɪꜱᴛᴏʟ ke kepala Norhalim, 25, yang difahamkan berkunjung ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sementara menunggu waktu berbuka.

ᴀʀᴡᴀʜ memang minat jadi polis

Nor Fitrah, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang berkata, mereka berkahwin pada 19 April 2019 dan sejak itu mengetahui minat suaminya untuk menjadi anggota polis kerana ᴀʀᴡᴀʜ sering ‘mengintai’ iklan pengambilan konstabel.

- Advertisement -

ᴀʀᴡᴀʜ, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Petaling Jaya, Selangor dan seingat Nor Fitrah, beliau sudah lima kali menemani suaminya menghadiri temu duga polis.

“Suami akhirnya terpilih mengikuti kursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Johor dan sejak menerima berita itu, arwah bersenam setiap malam ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ berjoging bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.

“Malah suami juga meminta saya yang semasa itu bekerja di Shah Alam, Selangor untuk berhenti kerja dan kembali ke pangkuan keluarga kerana mahu saya dan anak berada bersamanya apabila dia sudah mendapat tempat bertugas,” katanya.

Suami bercadang untuk bawa tinggal bersama lepas Aidiladha

Nor Fitrah berkata, suaminya juga memaklumkan akan cuba mengambil cuti sempena Aidiladha untuk pulang ke kampung dan membawa mereka ke Sibu kerana telah mendapat rumah di sana selain sudah mula berkira-kira untuk membeli perabot penting dahulu.

Beliau berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah 15 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka sekeluarga menghantar suaminya ke Sibu dan ketika itu sempat membawa tempe goreng dan tat cadbury untuk dijamah ᴀʀᴡᴀʜ.

“Kami lama tidak bertemu kerana tiada lawatan di Pulapol akibat Covid-19 sejak ᴀʀᴡᴀʜ mengikuti latihan pada September 2020.

“Bagaimanapun, ᴀʀᴡᴀʜ sering menghubungi kami menggunakan telefon awam. Dari situ, ᴀʀᴡᴀʜ beritahu teringin makan tempe goreng dan saya bawa sebagai kejutan,” katanya.

Mengulas kejadian itu, Nor Fitrah dihubungi rakan ᴀʀᴡᴀʜ pada 8.05 malam bertanya jika beliau ‘tahu apa-apa’, namun individu tersebut enggan mengulas lanjut menyebabkan dia mula berasa tidak sedap hati sebelum mendengar berita sedih mengenai insiden yang menimpa ᴍᴀɴɢꜱᴀ daripada pegawai atasan polis.

ᴀʀᴡᴀʜ anak yang baik

Ibu ᴀʀᴡᴀʜ, Jamilah Daman, 63, pula berkata, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang mesra dipanggil Halim akhirnya berjaya menggapai cita-cita untuk menyarung seragam polis walaupun sekejap dan tidak pernah lupa meminta ‘restu serta doa’ selain menjemputnya untuk sama-sama menemani beliau ke pusat temu duga.

“Semasa menghantarnya ke Pulapol, dua kali dia berpatah balik berlari ke arah saya untuk memeluk dan mencium saya sehingga akhirnya dimarahi kerana semua orang sudah mula ᴍᴀꜱᴜᴋ ke dalam (pusat latihan).

“(Dia) Seronok sangat kerana akhirnya impian menjadi polis tercapai,” katanya.

ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Norhalim selamat ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Felda Bukit Damar jam 10 malam (Sabtu) selepas disembahyangkan di Masjid Felda Bukit Damar.

Reaksi warga maya berkenaan kes ini

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL