spot_img

Kali Pertama Sidang Media Bersama Ismail Sabri Dan Dr Noor Hisham Jam 5 Petang Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media bersama pada pukul 5 petang ini (Selasa).

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyaksikan kali pertama sidang media bersama diadakan oleh dua personaliti yang selama ini merupakan antara wajah yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi pandemik dan ᴋᴇꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ negara.

Kebiasaannya, sidang media kedua-dua mereka diadakan secara berasingan dengan waktu kebiasaan Ismail Sabri antara pukul 2 hingga 4 petang manakala Dr Noor Hisham lazimnya pula akan menyampaikan perkembangan mutakhir COVID-19 sekitar pukul 5 petang.

Sidang media Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham dijangka menjelaskan perkembangan mutakhir COVID-19 dan menjawab kekeliruan mengenai pengumuman pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. – Gambar fail.
- Advertisement -

Sidang media secara bersama oleh Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham dijangka berkait rapat dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara sejak pertengahan Mac selepas mencatat angka melebihi 4,000 baru-baru ini.

Pada Isnin negara mencatatkan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ harian sebanyak 3,807 kes, sementara hari Ahad menyaksikan 3,733 kes.

Sidang media petang ini juga dijangka menjawab beberapa kekeliruan rakyat mengenai pengumuman pelaksanaan ᴘᴇʀɪɴᴛᴀʜ Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

- Advertisement -

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaksanaan PKP berkenaan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis ᴋᴇꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Ikuti sidang media tersebut pada pukul 5 petang di semua platfotm Astro AWANI.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL