spot_img

Selepas Baru Pulang Lawatan Ke Saudi Dan UAE, Menteri Ini Memberi Sumbangan Kepada Kelab Polis.

- Advertisement -

KUNJUNGAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali ke ibu pejabat polis (IPD) daerah Putrajaya semalam, yang turut dikongsinya di media sosial, mencetuskan reaksi kencang warga maya.

Perdebatan maya bukanlah tentang kunjungan Azmin bagi menyerahkan sumbangan kepada kelab polis di situ, tetapi tentang status kuarantinnya yang baru-baru ini pulang dari luar negara.

Azmin mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dari 26 April hingga 4 Mei. Dalam misi lawatan itu, dia turut sempat mengerjakan umrah.

Alhamdulillah saya dan rombongan misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu selamat sampai ke…

Posted by Azmin Ali on Tuesday, May 4, 2021

- Advertisement -

Semalam, ketika Azmi berkongsi di Twitter tentang kurungannya ke Putrajaya, enam hari selepas kepulangannya dari luar negara, warganet mempersoalkan apakah dia sudah menyempurnakan tempoh kuarantinnya.

May be an image of 1 person, standing and indoor

“Bila balik dari oversea (luar negara)? Berapa lama dah dikuarantin? Apa benda ni?” soal pengguna Twitter @diradibecks.

- Advertisement -

Seorang lagi pengguna @radhie_mrad berkata: “Aku ʙᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ kuarantin 14 hari patuhi arahan kerajaan. Tapi orang kerajaan sendiri tidak amanah? Apa nasiblah jenis double standard (berat sebelah) macam ni”.

Perlu dimaklumkan bahawa Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada 8 Feb, telah mengeluarkan arahan membenarkan menteri yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara untuk hanya menjalani kuarantin selama tiga hari.

Kerajaan mengetatkan syarat kuarantin untuk rakyat di tengah kebimbangan varian baru Covid-19 boleh tersebar ke negara ini.

- Advertisement -

Semalam, kerajaan mengumumkan penguatkuasaan semula tempoh kuarantin 14 hari untuk perjalanan dari Singapura. Ia sebelum ini dikurangkan kepada tujuh hari.

May be an image of 1 person, standing and indoor

Putrajaya memetik kebimbangan terhadap varian Covid-19 yang lebih ʙᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ yang ᴍᴇʀᴇʙᴀᴋ di bandar itu.

Kerajaan turut mengenakan ʟᴀʀᴀɴɢᴀɴ perjalanan dari India pada 29 April, ekoran kebimbangan terhadap strain B.1.617 yang menyebabkan kes Covid-19 di negara itu melonjak.

Kerajaan kemudiannya memperluas ʟᴀʀᴀɴɢᴀɴ perjalanan ke atas negara-negara jiran India – Sri lanka, Bangladesh, Pakistan dan Nepal pada 5 Mei.

This is unacceptable as @KKMPutrajaya has specifically mentioned certain countries as ʀɪꜱᴋʏ, and people coming from there should quarantine for 14 days. — Izzat (@izzatrhmn) May 10, 2021

Sehingga hari ini, kerajaan belum menunjukkan rancangan untuk mengetatkan sekatan kuarantin terhadap menteri, meskipun langkah sedemikian sudah dikenakan ke atas rakyat biasa.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL