spot_img

Viral Rakaman Sekumpulan Mat Motor Nekad Rempuh Roadblock Beramai Ramai Mahu Balik Beraya

- Advertisement -

TIDAK dinafikan lagi, ramai yang sedang mengenang nasib tidak dapat pulang beraya di kampung pada tahun ini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang rakyat merentas negeri dan daerah.

Bagaimanapun, ada segelintir individu turut berkeras ingin mencari jalan supaya dapat juga beraya di kampung halaman dengan cara ingin ᴍᴇɴᴄᴜʀɪ-ᴄᴜʀɪ melepasi sekatan jalan raya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyatakan pendapat tindakan itu seakan mementingkan diri sendiri dan bimbang jika penularan wabak Covid-19 semakin meningkat.

- Advertisement -

Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia apabila majoriti rakyatnya tidak mempedulikan arahan kerajaan yang menguatkuasakan perintah berkurung terhadap mereka.

Nekad ʟᴀɴɢɢᴀʀ sekatan jalan raya untuk balik kampung

Menerusi sebuah video tular baru-baru ini, rakyat Indonesia dilihat menunggang motosikal beramai-ramai ᴍᴇʀᴇᴍᴘᴜʜɪ ‘roadblock’ demi meneruskan tradisi ‘mudik lebaran’ untuk pulang ke kampung.


Bukan itu sahaja, si perakam video turut menyorak kepada pengguna-pengguna jalan raya yang menyerbu ꜱᴇᴋᴀᴛᴀɴ lalu lintas sehinggakan pihak polis terpaksa membenarkan sahaja semua penunggang melepasinya.

Orang Malaysia tolong guna akal

- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap rakyat Malaysia tidak melakukan ‘protes’ sedemikian dan mengingatkan agar menghormati ‘frontliners’ yang ᴍᴇɴɢᴏʀʙᴀɴᴋᴀɴ masa setiap hari bertugas demi kesejahteraan negara.

Sementara itu, ada juga yang berseloroh tentang perbuatan sebahagian rakyat Indonesia yang dianggap tidak mengambil kisah tentang keseriusan pandemik Covid-19, asalkan dapat pulang beraya di kampung.

Semangat kesatuan Indonesia lain macam

- Advertisement -

Malaysia jangan hilang hormat dengan ‘frontliners’

ᴍᴀᴛɪ tanam aja, janji boleh rentas

Terdahulu, kerajaan Indonesia memutuskan ʟᴀʀᴀɴɢᴀɴ pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi mengelak ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ Covid-19 terus meningkat di negara berkenaan.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL