spot_img

Kerana Warna Merah, Anak Pulang Ke Kampung Menziarahi Ayahnya

- Advertisement -

TERINGAT masa kecil dulu, ayah bekerja sampai lewat petang kadangkala sampai rumah pula lepas isyak. Tidak lain dan bukan hanya untuk menyara hidup keluarga. Begitu komitednya ayah untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Waktu kita kecil dulu bukannya kita faham apa pun apa situasi ibu bapa kita. Yang kita tahu apa yang dimahukan mestilah diikuti oleh mereka. Kalau tidak, kita memberontak. Itu ada pemikiran normal seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui apakah itu komitmen.

Iklan raya berdurasi 12 minit ini membuatkan kita mengimbau kembali detik-detik manis dihari raya ketika waktu kecil mereka suatu ketika dulu.

- Advertisement -

Ayah menyimpan seribu satu perasaan dan fikiran yang anak sendiri pun tak tahu dan faham. Nak teruskan hobi atau minat, ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang sangat panjang.

Bayangkanlah terpaksa korbankan minatnya demi menjaga amanah arwah isterinya yang tercinta dengan membesarkan anak tunggal mereka. Itulah sebesar besar amanah dalam hidupnya.

Kesabaran dan kecekalan dalam mendidik anak sangat mencabar. Suatu hari ketika anaknya meningkat dewasa, berlaku konflik antara si anak dan ayah. Konflik itu tercetus berpunca daripada sebuah kereta kesayangan milik ayahnya itu dirosakkan oleh si anak.

- Advertisement -

Si anak merasakan ayahnya tidak mengambil peduli tentang dirinya berbanding sebuah kereta yang penuh dengan memori pahit manis ayahnya bersama arwah ibu. Ayahnya berasa kecewa dengan perbuatan itu dan memarahi Adam (anak).

Adam mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan meninggalkan ayahnya keseorangan bertahun-tahun. Adam membina kehidupannya sendiri di kota dan telah berumahtangga tanpa pengetahuan ayahnya.

Sehinggalah suatu hari si isteri memberitahu hajat pada Adam untuk beraya bersama keluarganya tetapi malangnya ditolak. Adam tidak mahu pulang ke kampung.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL