spot_img

Reaksi Warga Maya Selepas PDRM Hantar Dron Untuk Pantau Pematuhan SOP Kawasan Perumahan Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron bagi memantau pematuhan prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan-kawasan perumahan sempena Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri Kumar berkata, penggunaan dron terbabit bertujuan memastikan tiada sebarang ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP dikesan.

“Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.

- Advertisement -

“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan dron bagi membuat pemantauan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya kepada Akhbar tempatan pada Selasa.

Beliau berkata, bagi kawasan perumahan seperti apartmen dan sebagainya, polis akan membuat semakan ke atas setiap buku pelawat di premis terbabit.

- Advertisement -

“PDRM bertindak demikian supaya tiada yang didapati ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP berkunjung ke sesebuah rumah seperti mana diarahkan kerajaan. Ia merupakan antara bukti yang boleh digunakan bagi menandakan sebarang bentuk kehadiran orang awam di sesebuah premis seperti itu.

“Bagi tujuan itu juga orang ramai dalam masa sama dinasihatkan melaporkan sebarang pelanggaran SOP semasa perayaan Aidilfitri dilakukan di kawasan kejiranan mereka kepada pihak polis,” katanya.

- Advertisement -

Ditanya mengenai kawalan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan menghubungkan sempadan daerah dan negeri, Sri Kumar berkata, ia tidak terkecuali berikutan pemeriksaan akan turut diadakan terutama di laluan tikus.

“Jika di kawasan bandar, SJR dilaksanakan di pelbagai tempat namun ia tidak terkecuali di kawasan seperti luar bandar.

“Bermula di peringkat kontinjen sehinggalah pondok polis, setiap pegawai dan anggota dikerahkan bertugas dan memastikan setiap laluan tikus terbabit dibuat pemeriksaan ketat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengarahkan orang awam supaya berpatah balik kerana tidak mempunyai sebarang dokumen lengkap untuk merentas daerah dan sebagainya akan dilakukan manakala sebarang ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP akan dikenakan kompaun.

Jelas beliau, tindakan dilakukan pihak polis itu bukanlah bertujuan menekan orang awam sebaliknya bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan ditetapkan.

Selain daripada pantau menggunakan dron. PDRM akan pantau rumah yang banyak kereta ketika Aidilfitri, melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah, melakukan pemeriksaan rumah yang mempunyai banyak selipar di luar rumah.

Selain semak jumlah kereta Dan selipar di rumah, polis juga akan periksa kadar bayaran tol pemandu.

PDRM mohon orang ramai lapor jika nampak jiran ʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP masa raya.

Reaksi Warga Maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL