spot_img

Dakwaan ʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP dan Rentas Daerah, Azmin Dan Keluarga Dipanggil Polis

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Polis akan memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ ahli keluarga Ahli Parlimen Gombak itu merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, turut akan dipanggil ialah ahli keluarga Mohamed Azmin, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali.

- Advertisement -

Menurutnya, beberapa orang saksi lain juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Mohd Fadzil berkata, polis menerima laporan pada jam 3 petang Jumaat berkenaan hantaran dalam Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Ia berhubung ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mana ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

- Advertisement -

“Kejadian tersebut ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ berlaku pada 13 Mei 2021 (Khamis) lebih kurang jam 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10, Putrajaya.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 (Khamis), tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ dalam hantaran Facebook yang tular di media sosial.

- Advertisement -

“Datuk Seri Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan pengguna media sosial berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL