spot_img

Kerana Kantoi Posting Di Facebook Pasal Jalan Tikus, Polis Tambah Lagi Sekatan Jalan Raya

- Advertisement -

IPOH – Polis akan pantau hantaran di kumpulan laman sosial bagi mengesan ‘laluan tikus’ di sempadan daerah Perak Tengah itu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pihaknya menambah satu lagi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 3, Jalan Gelung Pepuyu – Beruas berikutan laluan alternatif itu ‘bocor’ di laman sosial.

Menurutnya, lokasi itu merupakan jalan yang menghubungkan daerah Perak Tengah dengan Manjung dan Taiping.

- Advertisement -

“Selepas ia tular, pasukan buat pemeriksaan mengejut dan hasilnya lima kompaun dikeluarkan bagi kesalahan rentas daerah tanpa kebenaran.

“Mereka yang berusia 27 hingga 53 tahun yang tinggal di daerah luar memberi pelbagai alasan antaranya menghantar laksa ke rumah datuk dan melawat ibu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sebanyak 74 kenderaan diperiksa dan 23 kenderaan diarah berpatah balik.

Barudin (dua dari kanan) memeriksa kenderaan yang melalui Jalan Gelung Pepuyu- Beruas. Foto: Ihsan PDRM
- Advertisement -

“Mereka dikenakan kompaun RM5,000 atas ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ rentas daerah di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ 2021.

“Dua SJR lain telah ditempatkan di Jalan Bota – Teluk Intan di Kampung Gajah dan Jalan Ipoh – Lumut berhampiran Universiti Teknologi Petronas,” katanya.

Barudin berkata, seramai 121 pegawai dan anggota ditugaskan setiap hari dalam penugasan di SJR, ‘task force’ dan pasukan rondaan pemantauan sambil dibantu anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

- Advertisement -

“Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan ‘snapcheck’ serta rondaaan bagi tujuan cegah ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ dibuat seperti biasa di kawasan laluan yang berpotensi menjadi laluan alternatif walaupun agak jauh.

“Orang awam dinasihatkan jangan takut kepada pihak polis mahupun kompaun tetapi takutlah musuh yang tidak kelihatan,” katanya.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL