spot_img

Tentera Beri Amaran ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ Siber ɪꜱʀᴀᴇʟ Ke Atas Rangkaian Malaysia

- Advertisement -

PUSAT Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi amaran kepada semua agensi dan orang ramai kemungkinan ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ balas penyokong ʀᴇᴊɪᴍ ᴢɪᴏɴɪꜱ ɪꜱʀᴀᴇʟ ke atas rangkaian dan infrastruktur siber di Malaysia.

Amaran itu dikeluarkan susulan #ᴏᴘꜱʙᴇᴅɪʟ dan #ᴏᴘꜱɪꜱʀᴀᴇʟ yang dilancarkan beberapa kumpulan dari Malaysia ke atas kira-kira 120 laman dan pangkalan data ʀᴇᴊɪᴍ ᴢɪᴏɴɪꜱ itu sejak beberapa hari lalu, setelah tentera ɪꜱʀᴀᴇʟ melancarkan ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ berterusan ke atas rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ, khususnya di ꜱᴇᴍᴇɴᴀɴᴊᴜɴɢ ɢᴀᴢᴀ.

Pada masa sama CDOC ATM turut mengesahkan terdapat peningkatan aktiviti ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ balas dipercayai dilakukan kumpulan penyokong ʀᴇᴊɪᴍ ᴢɪᴏɴɪꜱ ɪꜱʀᴀᴇʟ ke atas infrastruktur siber ATM.

- Advertisement -

Menurut dokumen yang dilihat oleh Agenda Daily, lebih 120 laman dan pangkalan data telah digodam dan puluhan ribu akaun media sosial Malaysia memenuhi ruangan komen akaun media sosial ɪꜱʀᴀᴇʟ, terutama Facebook dan Twitter Tentera Pertahanan ɪꜱʀᴀᴇʟ (ɪᴅꜰ) untuk ᴍᴇɴɢᴜᴛᴜᴋ ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ ᴢɪᴏɴɪꜱ terhadap rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ.

“ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ turut menyebarkan risalah dan poster dengan hashtag #ꜱʜᴀᴍᴇᴏɴɪꜱʀᴀᴇʟ dan #ɪꜱʀᴀᴇʟᴋᴏʏᴀᴋ di akaun pemimpin dan selebriti ɪꜱʀᴀᴇʟ bagi menunjukkan tentangan.

- Advertisement -

“Kempen yang dilaksanakan ini dikhuatiri menyebabkan tindak balas agresif daripada penyokong ʀᴇᴊɪᴍ ᴢɪᴏɴɪꜱ ɪꜱʀᴀᴇʟ,” kata dokumen yang dikeluarkan Tim Perisikan Ancaman Siber CDOC-BSPP ATM bertarikh 15 Mei 2021.

Untuk rekod, laman sesawang Agenda Daily turut menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ dan penggodaman pihak tidak bertanggungjawab sejak 10 Mei lalu.

ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ ke atas Agenda Daily dipercayai dilakukan kumpulan penyokong ʀᴇᴊɪᴍ ᴘᴇɴɢɢᴀɴᴀꜱ ɪꜱʀᴀᴇʟ, selepas portal berita ini terus melaporkan ᴋᴇᴋᴇᴊᴀᴍᴀɴ ʀᴇᴊɪᴍ ᴢɪᴏɴɪꜱ ke atas rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ, khususnya berhubung dua laporan berita Agenda Daily yang dikongsi lebih 176,000 pembaca dalam ratusan kumpulan WhatsApp, Twitter dan Facebook, di Malaysia dan Indonesia.

- Advertisement -

Berdasarkan daripada analisis semasa, CDOC ATM membuat kesimpulan terdapat potensi tindak balas daripada ɪꜱʀᴀᴇʟ yang berlaku melalui beberapa kaedah seperti berikut:

  1. ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ berbentuk cyber ʜᴀᴄᴋᴛɪᴠɪꜱᴍ menggunakan taktik web defacement dan Distributed Denial of Services (DDoS). Ancaman dilihat sebagai tindak balas yang menjadi pilihan utama ᴘᴇɴʏᴇʀᴀɴɢ melalui penggunaan Mirai botnet bagi melaksanakan ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ DDoS ke atas sasaran;
  2. Operasi siber melalui aktiviti cyber espionage bagi mendapatkan maklumat organisasi untuk tujuan strategik. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah penggunaan senjata siber tertentu seperti EternalBlue exploit untuk mengeksploitasi protokal Server Message Block (SMB); dan
  3. ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ disruptive seperti Stuxnet malware yang pernah dilaksanakan ke atas sistem ɴᴜᴋʟᴇᴀʀ Iran pada tahun 2010. Ia turut boleh menjadi pilihan mereka sebagai pilihan akhir.

Sehubungan itu, CDOC ATM menasihatkan pentadbir sistem dan rangkaian supaya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Berwaspada dengan spear phishing email atau mesej yang mengandungi URL, dan sisipan fail menggunakan versi yang terkini;
  2. Memastikan semua sistem operasi dan perisian keselamatan sentiasa dikemas kini menggunakan versi yang terkini;
  3. Menyemak dan mengemaskini sistem pertahanan sedia ada seperti web application firewall (WAF), Intrusion Prevention System (IPS), anti-DDoS protection dan load balance;
  4. Menutup port dan perkhidmatan pada sistem yang tidak digunakan; dan
  5. Menyekat sebarang aktiviti mencurigakan daripada sebarang aplikasi penyamaran IP.

Dokumen itu turut menyatakan CDOC ATM akan terus memantau ᴀɴᴄᴀᴍᴀɴ dari semasa ke semasa, sementara pentadbir sistem perlu meningkatkan kewaspadaan.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL