spot_img

Viral Rakaman Lelaki Penjawat Awam Umumkan Sokong ɪꜱʀᴀᴇʟ Secara Terbuka, “ɪꜱʀᴀᴇʟ punya jahat, aku suka”

- Advertisement -

DI KALA Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ yang ᴅɪᴢᴀʟɪᴍɪ ᴏʟᴇʜ ɪꜱʀᴀᴇʟ, seorang lelaki yang dipercayai penjawat awam memuat naik video dengan mengatakan dirinya menyokong ɪꜱʀᴀᴇʟ, mengundang kemarahan netizen.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan, lelaki yang menggunakan nama Pahlawan90 di Tik Tok secara terbuka dan jelas mengatakan dirinya menyokong ɪꜱʀᴀᴇʟ kerana suka pada ᴋᴇᴢᴀʟɪᴍᴀɴ yang ditonjolkan puak ᴢɪᴏɴɪꜱ berkenaan.

“Bersama ɪꜱʀᴀᴇʟ! Hidup ɪꜱʀᴀᴇʟ! Tahu tak kenapa (aku) sokong ɪꜱʀᴀᴇʟ? Sebab memang aku suka ɪꜱʀᴀᴇʟ. ɪꜱʀᴀᴇʟ punya jahat, aku suka.

- Advertisement -

“Dia punya jahat, dia punya pemberontakan aku suka. Aku tak suka tamadun, aku suka ᴘᴇᴄᴀʜᴋᴀɴ ketamadunan, suka ᴘᴇᴄᴀʜᴋᴀɴ sifat keperimanusiaan. Jadi ᴋᴇᴊᴀᴍ, aku suka.

“Yesss aku suka hidup dengan suasana yang ᴋᴇᴊᴀᴍ, aku suka wujudkan ᴘᴇᴘᴇʀᴀɴɢᴀɴ sebab itu aku suka ɪꜱʀᴀᴇʟ. Kan? Ramai lagi yang suka ɪꜱʀᴀᴇʟ. Angkat tangan sikit siapa suka ɪꜱʀᴀᴇʟ. Yay kita geng! Hidup ɪꜱʀᴀᴇʟ! Betul tak?

“Buat apa hidup baik-baik? Kita ʙᴇʀᴘᴇʀᴀɴɢ, aku suka. Jangan cakap dengan Islam, jangan cakap dengan ʏᴀʜᴜᴅɪ, jangan cakap dengan agama lain. Dengan ɪꜱʀᴀᴇʟ sendiri pun aku suka bergaduh. Yes, itulah sifat aku. Aku suka bergaduh dengan ɪꜱʀᴀᴇʟ.

- Advertisement -

“Aku suka bergaduh, aku tak suka hidup secara aman. Aku tak suka, aku tak suka ketenangan. Aku suka ᴘᴇᴘᴇʀᴀɴɢᴀɴ,” katanya.

Selepas video tersebut viral di media sosial, lelaki berkenaan segera menukar nama yang digunakannya di Tik Tok, sebelum bertindak menyahaktifkan akaun tersebut kerana dipercayai tidak tahan dengan kecaman netizen.

ᴍᴀʟᴀɴɢɴʏᴀ, nasi telah menjadi bubur apabila ada sumber yang memaklumkan, lelaki terbabit telah dipanggil oleh pihak atasan untuk siasatan lanjut.

- Advertisement -

“Minta bersabar (semua), dia kerja malam dan telah dipanggil pihak pengurusan tadi. Ramai yang tengah tunggu kat luar ni. Depan balai pengawal pun dah ada yang menunggu.

“Jenuh nak menjawab sebab satu tempat kerja. Sendiri buat, sendiri tanggung. Dia duduk rumah dalam kuarters, ni tak keluar-keluar,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu di media sosial, majoriti netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu. Tidak kurang juga ada netizen yang berpendapat lelaki itu membuat kenyataan kurang cerdik sedemikian hanya untuk mencari perhatian.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL