spot_img

Tular ᴘᴇʀᴀɴɢ Laksa Johor Dan Laksa Kedah, Akibatnya Wanita Ini Menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ

- Advertisement -

BARU-BARU ini seorang ahli group Masak Apa Hari Ni telah memuat naik sebuah post masakan berkaitan laksa Johor. Namun, pada resepi tersebut beliau tidak menggunakan ikan parang atau ikan tenggiri yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan kuah laksa Johor yang benar-benar asli.

Justeru itu, muncul seorang wanita yang berasal dari Johor memberikan pendapat yang mungkin mengguris hati khususnya penduduk utara dan pantai timur semenanjung Malaysia.

Beliau berpendapat “Kalau tak ada ikan parang guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standart kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembung/ selayang. Itu standart orang utara atau pantai timur.”

- Advertisement -

Hasil daripada komen ini mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana resepi asli laksa Johor ialah masakan golongan berada yang perlu menggunakan ikan parang atau tenggiri. Kuah laksa sangat lazat dan nikmat jika menggunakan ikan tersebut.

- Advertisement -

Selain itu ada juga berpendapat, resepi asli laksa Johor perlu dipelihara dan perlu menghormati resepi asal negeri lain. Segelintir netizen turut berkongsi cara memotong timun dengan betul untuk laksa Johor. Ulam-ulaman pula perlu disediakan dengan betul seperti tidak menggunakan kacang panjang dan bunga kantan dalam hidangan.

Namun, sesetengah orang Johor beranggapan tidak perlu menggunakan ikan yang lebih mahal. Cukup menggunakan ikan sardin, kembong atau selayang kerana bukan hanya ikan yang mempengaruhi rasa kuah tetapi jika tidak pandai ᴍᴇᴍᴀꜱᴀᴋ, tiada gunanya menggunakan ikan mahal.

- Advertisement -

ᴘᴇʀᴀɴɢ laksa tidak berakhir disitu. Komen tersebut turut tular di group dan page negeri utara dan pantai timur. Ada juga yang mempersoalkan resepi laksa Johor yang menggunakan spagetti sebagai pengganti laksa sebenar.

Akaun peribadi wanita tersebut juga turut dihujani kecaman. Sehingga seorang pemilik akaun yang mempunyai nama yang sama dengan wanita tersebut turut dikecam netizen. Dia berasa terkilan kerana netizen tidak meneliti dengan betul sebelum melontarkan kecaman. Sedangkan dirinya tidak pernah meninggalkan komen sebegitu. Walaupun beliau menggunakan nama yang sama, tetapi dp/profile picture facebook mereka berbeza.

Sesetengah netizen juga turut memuatnaik laksa utara dan pantai timur untuk tatapan netizen.

Diharapkan netizen berfikir sebelum meninggalkan komen yang akan mengguris hati ramai pihak. Tidak salah untuk meluahkan pendapat, tetapi perlu disertakan dengan adab sopan. Tak kisah lah laksa manapun, semua makanan di Malaysia ni sedap-sedap. Admin belanja gambar laksa Johor. Sedapnya.

Kronologi berkenaan kes ini

Menurut postingan seorang pengguna Facebook, Sham Ery Baba. Beliau menceritakan bagaimana perkara ini boleh berlaku melalui penulisan beliau di Facebook.

“Hasil risikan abang sebagai penyiasat persendirian, katanya bermula dari seorang yang tanya bagaimana nak buat laksa. pastu masuk si Siti Rahmah Ahmad tu terus membongak pasal jenis ikan tenggiri untuk buat kuah laksa sambil ᴍᴇɴɢᴜᴛᴜᴋ ikan selayang dan kembung yang dikatakan murah digunakan di negeri utara dan pantai timur.

Tidak berhenti di situ, Puan Mastika Halim membidas hujah tersebut dengan ꜰᴀᴋᴛᴀ Wikipedia dengan berpendapat bahawa laksa utara menggunakan bahan laksa yang sebenar dan bukan spaghetti seperti dalam menu laksa Johor.

Perbahasan terus menjadi topik hangat apabila ada beberapa rakyat negeri lain mula campur tangan dan menambah ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ ini dengan ᴘʀᴏᴠᴏᴋᴀꜱɪ. Hasil kajian terkini orang ramai mula menyokong geng laksa utara dan mula memanaskan isu ini agar berpanjangan dan mereka mula lari dari topik asal dengan mula mengait isu kayangan, rakan kongsi untuk cari peluang ᴍᴇɴɢʜᴇɴᴛᴀᴍ pasukan JDT pula.

Geng laksa utara ni lupa kot, kat Warung Pak Jabit kat Kg Pisang si Yah Kuchai rileks jer bungkus Mee Kari kuah laksa makan sini.

Nampaknya ᴘᴇʀᴀɴɢ ini akan berlarutan untuk beberapa tahun lagi, di mana kerajaan Sarawak pasti akan berhujah juga mengenai laksa ini kerana mereka juga terlibat dalam konflik serius perihal laksa ini.

Laksam??? ahhh sudah, pasti ada campur tangan dari negeri-negeri pantai timur juga kerana ianya melibatkan ikan tenggiri yang mungkin berasal dari sana. jangan sampai indonesia claim laksa asal dari Indonesia dah lah.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL