spot_img

Simple Tapi Cantik! Tunku Azizah Kait Sendiri Selimut Untuk Cucu Angkat

- Advertisement -

Menjalani ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ kesubutan bukan mudah untuk seorang wanita kerana mereka memerlukan kekuatan selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit. Dalam usaha mendapatkan zuriat, betapa sabar dan tabahnya Tuanku Permaisuri Agong ini wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada wanita di luar sana terutamanya di negara ini.

Tuanku Permaisuri Azizah

Dek kerana itu juga tertubuhnya Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAAFF) yang mana membantu pasangan yang telah mendirikan rumahtangga namun belum mempunyai zuriat dengan melalui ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ IVF.

- Advertisement -

Bahkan, sehingga kini sudah ramai pasangan yang berjaya memiliki anak dengan bantuan TAAFF. Menerusi yayasan ini, pasangan yang terpilih akan ditanggung kos ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ yang menjangkau puluhan ribu ringgit.

- Advertisement -

Setiap kali ada pasangan yang menimang cahaya mata, pasti Tunku Azizah tidak ketinggalan untuk meraikan dengan melawat dan memberi hadiah.

Terbaru, menerusi laman instagramnya, Tunku Azizah memuat naik sekeping gambar bayi yang merupakan cucu angkat baginda.

- Advertisement -

Bayi comel berketurunan cina itu diberi nama Audrey Azizah Chua. Momen yang pasti diingati keluarga ini apabila Tunku Azizah memberikan hadiah istimewa berupa selimut yang dikait sendiri oleh Tuanku Permaisuri.

Menerusi perkongsian itu juga, Tunku Azizah memuji kecomelan cucu angkatnya itu. Bertuah badan kan, bukan semua dapat peluang seperti ini. Untung baby Audrey dan keluarganya.

Rata-rata turut bersetuju dengan Tuanku Permaisuri dan memuji si kecil yang cukup comel ini.

Masyaallah. Cute, senyum smp x nmpk mata. Ya Allah Cute nyaa cucu tuanku..Alhmdulillah. Nicenya blanket🤩 cute baby cucu Tuanku 😍❤️ Cantik sangat blanket tu Tuanku😍

Ya Allah, comel.. Semangat cucu Tuanku

Comel dan semangat ya cucu tuanku😍
My late mum would call such adorable bulat babies as “My baby tomato” like how she did with my second so. Jared. Congratulations my Permaisuri and the royal family
AWWWW CUTE🌈🌻😍nak picit-picit je pipi tu, labuh sangat 😍
Comel nya tuanku… Hilang mata dia…. 😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Pattern blanket yang simple dan warna pun lembut. Cantik sangat..

She is the most precious little baby!!! So cute!! And the blankie….Awwww.
Pattern blanket yang simple.. Warna pun soft.. Cantik sangat.. 😍
Ya Allah comelnyaa. Pipi nak pergi mana tuh 😆 . Mata mana mata.
Masya Allahhhh… geboooo nya cucu Tuanku… ❤️❤️❤️❤️ geraammmm betulllll tgk..

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL