spot_img

Tular Rakaman Pakar Bius ᴍᴀᴜᴛ Tersepit Bawah Porsche Coupe di Batu Pahat Pagi Tadi

- Advertisement -

BATU PAHAT Seorang pakar bius sebuah ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ swasta di sini ᴍᴀᴜᴛ apabila kereta Porsche Coupe yang dipandunya terlibat dalam ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ dua buah kenderaan di Jalan Kluang, Taman Koperasi Bahagia di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul kira-kira pukul 8.50 pagi itu, ᴍᴀɴɢꜱᴀ dikenali sebagai Dr. Noor Zairul Muhammad, 50, ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ di tempat kejadian.

Manakala lelaki berusia 31 tahun yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ.

- Advertisement -

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Saifulle Idris berkata, pihaknya menerima panggilan ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ pada pukul 8.59 pagi.

“Seramai 16 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ untuk memberikan bantuan ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ.

Keadaan kereta Porsche Coupe yang dipandu Dr. Noor Zairul dalam kejadian di Jalan Kluang, Taman Koperasi Bahagia, Batu Pahat, Johor hari ini.- FOTO: IHSAN BOMBA

“Sejurus tiba di lokasi ɴᴀʜᴀꜱ benar terdapat ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ melibatkan dua kenderaan iaitu Porsche Coupe dan Toyota Vellfire.

- Advertisement -

“Terdapat dua ᴍᴀɴɢꜱᴀ terlibat dan salah seorang ᴍᴀɴɢꜱᴀ tersepit dalam kereta Porsche Coupe,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, menurut saksi awal, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang memandu Porsche Coupe dikatakan gagal mengawal keretanya ketika melalui selekoh di laluan berkenaan.

Kereta terbabas lalu ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ pembahagi jalan dan tiang lampu elektrik sebelum melambung dan terbalik ke laluan bertentangan serta ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ Toyota Vellfire.

- Advertisement -

Saifulle berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang tersepit dibawah kereta menggunakan peralatan khas.

Jelasnya, ᴍᴀɴɢꜱᴀ diserahkan kepada pasukan ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 1 person

ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ di Kilometer 2, Jalan Kluang-Batu Pahat di Taman Koperasi Bahagia, Batu Pahat pagi Sabtu. -Foto: Ihsan Bomba

Rakaman Video

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL