spot_img

Sejarah ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ Selepas ᴘᴇʀᴀɴɢ Dunia Kedua

- Advertisement -

NEGARA ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ atau dalam bahasa Arabnya دولة فلسطين. Dawlah filastin, ialah sebuah negara berdaulat di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting ɢᴀᴢᴀ (Semenanjung ɢᴀᴢᴀ) dengan Baitulmuqaddis dirancang sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah (sebuah bandar di Tebing Barat, ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ). Keseluruhan wilayah yang dituntut untuk Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan kemudiannya ɪꜱʀᴀᴇʟ selepas ᴘᴇʀᴀɴɢ Enam Hari pada 1967.

Askar-askar IDF di Tembok Barat Jerusalem tidak lama selepas penawanannya.

Selepas ᴘᴇʀᴀɴɢ Dunia Kedua pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara ʏᴀʜᴜᴅɪ yang merdeka dan mengantarabangsakan Kota Baitulmuqaddis.

Mandatori ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ 1946

Pelan pembahagian ini diterima oleh ʏᴀʜᴜᴅɪ tetapi ditolak oleh Arab. Sehari selepas pengisytiharan negara ʏᴀʜᴜᴅɪ di Tanah ɪꜱʀᴀᴇʟ (Eretz ɪꜱʀᴀᴇʟ) yang kemudiannya dikenali dengan nama ɪꜱʀᴀᴇʟ pada 14 Mei 1948, negara Arab yang berjiran serta masyarakat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ telah memprotes dan bertempur dengan pasukan ɪꜱʀᴀᴇʟ. Ia dinamakan dengan peristiwa Nakbah bermaksud ᴋᴇᴄᴇʟᴀᴋᴀᴀɴ.

Pelarian ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ pada tahun 1948
- Advertisement -

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir kawasan kepungan yang dikawal Mesir di ɢᴀᴢᴀ. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa Kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting ɢᴀᴢᴀ. ɪꜱʀᴀᴇʟ kemudiannya menawan Genting ɢᴀᴢᴀ dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam ᴘᴇʀᴀɴɢ Enam Hari (ᴘᴇʀᴀɴɢ Arab-ɪꜱʀᴀᴇʟ).

Mandat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ dan Transjordan Memorandum

Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ telah mengisytiharkan penubuhan negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting ɢᴀᴢᴀ. ɢᴀᴢᴀ akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh ʜᴀᴍᴀꜱ, dua tahun selepas pembebasan ɢᴀᴢᴀ dari ɪꜱʀᴀᴇʟ.

Yitzhak Rabin, Bill Clinton dan Yasser Arafat pada Perjanjian Oslo pada 13 September 1993.

Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, ia merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB. ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

- Advertisement -

Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OIC, Liga Arab, NAM, dan ASEAN telah mengakui kewujudan Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Wilayah ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan ɪꜱʀᴀᴇʟ dan Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Deklarasi Kemerdekaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ dinyatakan pada 15 November 1988 di Algiers oleh Majlis Kebangsaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PNC) Pertubuhan Pembebasan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PLO).

Deklarasi Kemerdekaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ ditulis oleh penyair Mahmoud Darwish, 1988

Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 menunjuk PLO sebagai “wakil sah tunggal rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ dan menegaskan kembali hak mereka untuk mendirikan negara merdeka yang mendesak.” PLO telah mempunyai status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) sebagai “entiti non-negara” sejak 22 November 1974, yang memberikan hak untuk bercakap di Perhimpunan umum PBB tetapi tidak mempunyai hak suara.

Selepas Deklarasi Kemerdekaan, Majlis Umum PBB secara rasmi “mengakui” proklamasi dan memilih untuk menggunakan sebutan “ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ” bukan “Organisasi Pembebasan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ” ketika merujuk pada pemerhati kekal ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Dalam keputusan ini, PLO tidak mengambil bahagian di PBB dalam kapasitinya sebagai pemerintah Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Sejak tahun 1998, PLO diatur untuk duduk di Perhimpunan Agung PBB segera setelah negara non-ahli dan sebelum semua pemerhati lain.

- Advertisement -

Pada tahun 1993, dalam Persetujuan Oslo, ɪꜱʀᴀᴇʟ mengakui pasukan perundingan PLO sebagai “mewakili rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ”, dengan ganjaran PLO mengakui hak ɪꜱʀᴀᴇʟ untuk wujud dalam damai, penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, dan keengganan terhadap “kekerasan dan keganasan”. Sementara ɪꜱʀᴀᴇʟ menduduki wilayah ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo, PLO mendirikan sebuah badan pentadbiran sementara: Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PNA atau PA), yang mempunyai beberapa fungsi pemerintahan di bahagian Tebing Barat dan Jalur ɢᴀᴢᴀ .

Pengambilalihan Semenanjung ɢᴀᴢᴀ oleh ʜᴀᴍᴀꜱ membahagikan wilayah ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ secara politik, dengan Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas menguasai Tebing Barat dan diakui secara antarabangsa sebagai Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ rasmi, sementara ʜᴀᴍᴀꜱ telah menjamin kekuasaannya atas Jalur ɢᴀᴢᴀ . Pada bulan April 2011, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perdamaian, tetapi pelaksanaannya masih terbengkalai.

Hingga 18 Januari 2012, 129 (66.8%) daripada 193 negara anggota PBB telah mengakui Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Banyak negara yang tidak mengakui Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ tetap mengakui PLO sebagai “wakil rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ”. Selain itu, jawatankuasa eksekutif PLO diberi kuasa oleh PNC untuk melakukan fungsi kerajaan Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ.

Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Ketua negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ ke-2 selepas Yasser Arafat.

Mahmoud Abbas

Ketua kerajaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri ɢᴀᴢᴀ. Ini membuktikan bahawa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ mempunyai 2 perdana menteri.

ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ ditadbir oleh sebuah pihak berkuasa bernama Pihak Berkuasa Kebangsaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ atau Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PNA). PNA mempunyai beberapa kaitan dengan entiti lain seperti Presiden, Majlis Perundangan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ dan Kabinet ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ.

Dokumen penubuhan negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ ialah Pengisytiharan Kemerdekaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ, dan ia perlu dibezakan dengan Piagam Negara ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ milik PLO dan Undang-undang Asas ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ yang digubal untuk bidang tugas PNA.

Pihak Berkuasa ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PNA) ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo 1994. Ia bertanggungjawab untuk keselamatan dan hal ehwal masyarakat di pusat penduduk ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Presiden PNA (atau juga Presiden ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ) juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PLO), dan beliau bertanggungjawab untuk menetapkan dasar. PNA juga mempunyai Perdana Menteri, yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian pemerintah dan berkhidmat di bawah arahan Presiden.

Pertubuhan Pembebasan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PLO) diiktiraf sebagai wakil rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ di peringkat antarabangsa dan diurus oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif.

Majlis Kebangsaan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PNC) merupakan badan perundangan di bawah PLO yang mempunyai 669 perwakilan daripada kumpulan politik di ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ, terdiri daripada 88 orang anggota Majlis Perundangan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PLC), 98 orang wakil penduduk di Tebing Barat dan ɢᴀᴢᴀ dan selebihnya wakil penduduk ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ di luar negara. Yang Dipertua PNC kini ialah Salim al-Za’nun Abu Al-Adib.

Salim al-Za’nun Abu Al-Adib

Majlis Perundangan ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ (PLC) pula merupakan sebuah badan perundangan (sama seperti Parlimen) di ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ. Ia terdiri daripada 132 anggota yang dipilih melalui pilihan raya di 16 wilayah mengundi di Tebing Barat dan ɢᴀᴢᴀ, ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL