spot_img

Viral Pendedahan “Programmer” Ini Dedahkan 4 Punca Web Vaksin Gagal Teruk Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Dalam tempoh 90 minit, satu juta slot untuk pusingan kedua tempahan janji temu vaksin AstraZeneca bagi rakyat Malaysia berusia bawah 60 tahun yang dibuka tengah hari ini telah penuh, walaupun terdapat banyak masalah teknikal ekoran keadaan trafik yang tinggi.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi ciapan Twitternya pada 1.27 tengah hari, tempahan janji temu untuk vaksin telah ditutup dan mereka yang layak akan menerima tarikh janji temu tidak lama lagi.

Terdahulu, CITF memaklumkan bahawa lebih 300,000 slot untuk vaksinasi AstraZeneca telah ditempah pada jam 12.56 tengah hari, kurang dari satu jam selepas pendaftaran itu dibuka kepada orang ramai.

- Advertisement -

MySejahtera dalam ciapan di Twitter berasingan pada jam 12.40 tengah hari turut memaklumkan bahawa terdapat pemohon yang mungkin tidak dapat mengakses fungsi aplikasi tertentu berikutan kadar trafik yang tinggi dan menasihati pengguna untuk mendaftar masuk sekali lagi apabila keadaan trafik reda.

Tempahan janji temu AstraZeneca memerlukan pemohon untuk mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan ia boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera, laman web CITF atau melalui talian hotline.

Walaubagaimanapun selepas terdapat banyak masalah teknikal ekoran keadaan trafik yang tinggi, seorang pengguna Facebook Najib Bakar telah membuat pendedahan bagaimana web vaksin gagal teruk hari ini.

- Advertisement -

“Wahai rakan-rakan ku programmers and coders. Sistem ni dgr cita 70 juta bhai. Biar betul?

Based on my consultation with 2 good friend of mine (thank you brothers, you know who you are) , both software architects, ni la conclusion nya.

1. Cloudfare UI depa guna free version. Kalau hari biasa takpa sebab hit rendah. Bila nak open registration ni, kena la upgrade yang berbayar. Orang serbu kot.

- Advertisement -

2. CORS ni error multi cross platform. Setting dalam server yang melibatkan CORS error tu depa kena set ALLOW. Dan jadi isu kerana cloudflare return error instead of server api depa. Kira tak sampai nak ketuk pintu rumah polis dah block depan jalan.

3. Depa pakai konsep list(senarai tarikh-tarikh) tu dari API direct ke AWS. Bila design camni, setiap kali orang refresh, page akan call list tu dari AWS cloud. Memang jem la AWS, kalau sorang refresh 20 kali, confirm bottleneck. Patutnya guna pubsub broadcast dari server ke client. Takdak request, so tak heavy load server hampa tu.

4. Dari segi AWS setup, dgn harga tinggi camtu, patutnya scaleable lah. Yang ni tak dapat dipastikan setting camna. Kalau tak scaleable, teruk sangat nih.
DB bottleneck. AWS bottleneck. Web bottleneck.

Jangan bagi alasan software architect taktau. Sistem mahal berpuluh juta nih.

Memang layak la kena maki bertubi-tubi. Orang menunggu dari dinihari. Tengok-tengok sampai ke sudah menanti. Memang la depa maki!

May be an image of text that says '13:12 < Thread dJcybersonique @dJcybersoni... 15m Can the developer of #CucukMYAZ go to the Cloudflare control panel and just flush the damn cache? Zurairi A.R. Retweeted dJcybersonique @dJcybersonique ljust waddled through some of the #CucukMYAZ website and stumbled into this. The API to get the list of PPVs is RATE LIMITED. CAN YOU NOT USE THE FREE VERSION OF CLOUDFLARE YOU NUMBNUTS! Error 1200 ma拍di Whathappened? Tweet your reply'

May be an image of text

May be an image of text

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL