spot_img

Mimpi Ngeri COVID-19 Kita Semakin Hampir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10,000 kes harian baharu COVID-19, selepas tiga hari berturut-turut mencatat kes melepasi angka 7,000 pada Selasa, Rabu dan semalam.

Ini ditambah penularan varian baharu pandemik COVID-19 yang lebih ganas serta kluster baharu yang masih terus dilaporkan berlaku, terutama di tempat kerja yang semakin membimbangkan.

Di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei lalu, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan sehingga 26 Mei 2021 dan lebih separuh (62 kluster) membabitkan sektor pengilangan.

- Advertisement -

Semalam, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dan tujuh daripadanya kluster tempat kerja yang kebanyakannya kilang.

Petugas menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang ᴍᴀᴜᴛ akibat ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ COVID-19, di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Setali, Kuantan. – Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Sementara itu, setakat 23 Mei lalu, negara mencatat 12 kes baharu varian Afrika Selatan B.1.351 di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, menjadikan jumlahnya 78 kes.

Satu kes baharu varian India B.1.617 dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah enam (6) kes.

- Advertisement -

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat varian membimbangkan (VOC) sebagai kerisauan global iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

WHO baru-baru ini menyatakan Varian B1617 (India) setakat ini ditemui di 60 wilayah dan negara, sementara Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah, manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah.

Petugas Jabatan ʙᴏᴍʙᴀ dan Penyelamat Malaysia menyembur cecair sanitasi selepas ᴍᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪ ᴍᴀɴɢꜱᴀ COVID-19 berusia 69 tahun, di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Kampung Kelaboran, Tumpat. – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, Malaysia menambah sebanyak 7,857 lagi kes harian baharu COVID-19, yang tertinggi sejak kes positif pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

- Advertisement -

Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar, sebanyak 2,675 kes, diikuti Sarawak 772 kes dan Kelantan 754 kes.

Pada Selasa (25 Mei), kes harian baharu COVID-19 direkod sebanyak 7,289 kes sementara pada Rabu (26 Mei), meningkat kepada 7,478 kes.

Pada kedua-dua hari ini, Selangor menyumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 2,642 kes (Selasa) dan 2,455 kes (Rabu).

Kes kumulatif yang direkod semalam sebanyak 541,224 kes sementara kes aktif dengan ᴋᴇʙᴏʟᴇʜᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ COVID-19 menghampiri 70,000 iaitu 69,408 kes.

Berikut rekod kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh rangkuman mingguan 22 Mei hingga 27 Mei 2021:-

22 Mei 6,320 kes

23 Mei 6,976 kes

24 Mei 6,509 kes

25 Mei 7,289 kes

26 Mei 7,478 kes

27 Mei 7,857 kes.

Bilangan ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ yang ᴅɪᴍᴀꜱᴜᴋᴋᴀɴ ke unit ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ rapi (ɪᴄᴜ) terus meningkat. Begitu juga bilangan ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ yang memerlukan bantuan pernafasan. Setakat semalam, sebanyak 771 kes direkod di ɪᴄᴜ dan 392 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Sebagai langkah siap siaga, Kementerian ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ (KKM) terpaksa meminta ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ swasta untuk menambah katil ɪᴄᴜ, selain turut menggunakan Ordinan ᴅᴀʀᴜʀᴀᴛ ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 3 iaitu mengambil alih ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ baharu yang belum digunakan seperti ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Cyberjaya dan ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk ᴍᴇʀᴀᴡᴀᴛ ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ COVID-19.

Dengan 541,224 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga ke-41 dalam senarai 216 negara yang dilanda pandemik COVID-19.

Di hadapan Malaysia ialah Nepal dengan 542,256 kes dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 563,215 kes.

Ahli keluarga hanya dibenarkan untuk melihat dari jauh proses ᴘᴇɴɢᴋᴇʙᴜᴍɪᴀɴ ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang ᴍᴀᴜᴛ akibat ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ COVID-19, ketika di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Setali, Kuantan. – Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Sementara itu, Ketua Pengarah ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis, melaporkan 59 lagi kes ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,491 kes. Semua kes melibatkan warganegara.

Daripada 59 kes, sebanyak 19 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Sarawak, tujuh (7) kes di Johor, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu.

Kes tertinggi kematian direkod pada Rabu 26 iaitu 63 kes terdiri daripada 57 orang warganegara dan enam (6) orang bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, kes ᴍᴀʏᴀᴛ dibawa ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ (Brought in ᴅᴇᴀᴅ/BID) sebanyak 12 kes.

Menurut KKM, kes BID merujuk kepada kes ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ di luar ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ dan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ini disahkan disebabkan COVID-19, selepas proses ʙᴇᴅᴀʜ siasat.

Pada 25 Mei, pesakit COVID-19 paling muda yang dilaporkan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ pada hari berkenaan berusia tiga tahun dari Sabah yang juga ᴍᴇɴɢʜɪᴅᴀᴘ ʟᴇᴜᴋᴇᴍɪᴀ.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL