spot_img

Total lockdown seluruh negara bermula 1 Jun Perdana Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada malam Jumaat, berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Pejabat Perdana Menteri berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector).
- Advertisement -

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ akibat wabak ini dan jumlah ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ semakin meningkat.

Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar ᴋᴇʙᴏʟᴇʜᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

Sumber Astro Awani

Sebelum itu..

Ismail Sabri Baru Beritahu Pihak Atasan, Terus MKN Tampil Ada Sesuatu Akan Diumumkan

- Advertisement -

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengambil maklum dengan peningkatan mendadak kes pada hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua PakLongMailMendengar,” katanya menerusi Facebook.

- Advertisement -

Sementara itu, pelbagai pihak menggesa kerajaan melaksanakan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diadakan ketika awal penularan C0vid 19 tahun lalu.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah berkata, keputusan itu perlu dibuat segera memandangkan jumlah kes terkini 8,290 menunjukkan ia semakin ᴋʀɪᴛɪᴋᴀʟ setiap hari.

Katanya, dengan adanya PKP penuh untuk tempoh dua minggu, ia akan memberikan ruang untuk pihak berwajib menumpukan kepada usaha membanteras penularan, khususnya disebabkan kluster tempat kerja.

“Kita pernah lakukannya sekali. Ini masanya untuk kita cuba yang terbaik,” katanya.

Pengarah Pentadbiran MediCOM, Dr Mohd Shafiq Wahab berkata, dari segi ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ awam, PKP penuh akan membantu melandaikan keluk ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ yang ketika ini datang daripada pelbagai kluster. Menurutnya, ia salah satu daripada kaedah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid 19 di negara ini.

Bagi Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Muhammad Amir Asyraf Mohs Sabri, larangan rentas daerah dan negeri antara yang dicadangkan dikekalkan jika PKP penuh dilaksanakan.

Katanya, tempoh antara 14 hingga 21 hari adalah cukup untuk melaksanakan PKP penuh berkenaan.

Ia perlu mengambil kira segala bantuan yang diperlukan seperti moratorium, bantuan kewangan dan bantuan-bantuan yang bersesuaian.

“Mempercepat pelaksanaan pemberian vaksin Covid 19 kepada semua rakyat bagi mencapai imuniti kelompok. Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan kilang-kilang yang menghadapi kes Covid 19 yang tinggi ditutup,” katanya.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL