spot_img

Dua Kumpulan ʙᴇʀᴛᴜᴍʙᴜᴋ Tular, 10 individu ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ Budak 12 Tahun Ditahan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU Seramai 10 individu ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ menggunakan ꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀ di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini.

Dua rakaman video berdurasi satu minit 30 saat dan satu minit 38 saat menunjukkan insiden ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ dua kumpulan tular di media sosial Facebook semalam.

Berdasarkan kapsyen atau keterangan video yang dimuat naik pengguna laman sosial mendapati, kejadian itu berlaku di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai.

- Advertisement -

Menerusi video terbabit, pada awalnya kejadian itu hanya perselisihan faham antara dua lelaki yang dilihat saling berbalas ᴘᴇʀᴀɴɢ mulut.

Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita bertudung warna merah jambu bertindak ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ seorang lelaki sebelum berlaku ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berusia dalam lingkungan 12 hingga 45 tahun itu ditahan pada 6.45 petang susulan laporan diterima daripada orang awam.

- Advertisement -

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan lapang di PPR berkenaan membabitkan dua keluarga yang berpunca masalah peribadi pada Rabu lalu.

Katanya, kejadian itu dirakam oleh seorang individu tidak dikenali sebelum ia tular di media sosial.

“Kesemua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ juga diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

“Kompaun dikeluarkan kepada kesemua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ 2020.

“ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ yang berlaku pula disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 148 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana ᴍᴇʀᴜꜱᴜʜ menggunakan ꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀ,” katanya.

Sejak semalam, terdapat video yang tular di Facebook (FB) berkaitan kejadian pergaduhan berkenaan ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ membabitkan seorang wanita.

Video berdurasi dua minit tujuh saat menunjukkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan lapang berkenaan di PPR terbabit sebelum berlaku ᴘᴇʀᴛᴇɴɢᴋᴀʀᴀɴ.

VIDEO:

Reaksi warga maya

Makcik tudung pink tu bukan main lagi

Bincang elok-elokkan boleh

Bulan syawal orang bermaafan bukan ʙᴇʀɢᴀᴅᴜʜ

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL