spot_img

Pemuda Jual Video K-Drama Dihukum ᴍᴀᴛɪ Di Hadapan Keluarga

- Advertisement -

WONSAN, KOREA UTARA – Seorang lelaki Korea Utara ᴅɪᴛᴇᴍʙᴀᴋ ᴍᴀᴛɪ skuad ᴘᴇɴᴇᴍʙᴀᴋ di hadapan 500 penduduk dan ahli keluarganya kerana menjual muzik dan filem secara haram, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ketika ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ᴍᴀᴛɪ dijalankan, ahli keluarga lelaki dikenali sebagai Lee itu dipaksa berdiri di barisan hadapan bersama-sama orang ramai.

Lee yang merupakan ketua jurutera di Suruhanjaya Pengurusan Pertanian Wonsan dikenakan ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ᴍᴀᴛɪ selepas 40 hari dia diberkas.

- Advertisement -

“Ini merupakan ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ᴍᴀᴛɪ pertama dilaksanakan di wilayah Gangwon melibatkan Akta Anti-Sosialis.

“Sebelum ini, pesalah seperti Lee dihantar untuk menjadi buruh paksa atau ke kem pendidikan semula. Adalah menjadi satu kesalahan jika dia menyangka dia akan menerima hukuman ringan.

“Tingkah laku seperti ini akan mendorong orang lain yang mempunyai niat untuk menghancurkan fahaman sosialis pemerintah,” kata pihak berkuasa Korea Utara dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Sebanyak 12 das ᴛᴇᴍʙᴀᴋᴀɴ dilepaskan ke arah Lee selepas pihak berkuasa membacakan kesalahannya.

“ᴊᴀꜱᴀᴅɴʏᴀ yang sudah tidak ʙᴇʀɴʏᴀᴡᴀ kemudiannya ᴅɪᴍᴀꜱᴜᴋᴋᴀɴ ke dalam karung jerami sebelum diletakkan di dalam sebuah kotak dan dibawa ke satu lokasi lain.

“Isteri dan anak perempuannya pengsan ketika menyaksikan Lee ᴅɪᴛᴇᴍʙᴀᴋ. Pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengangkat mereka ke dalam trak untuk dibawa ke kem ᴘᴇɴᴊᴇɴᴀʏᴀʜ politik,” kata beberapa ꜱᴀᴋꜱɪ.

- Advertisement -

Jiran-jiran Lee turut dilaporkan menangis apabila melihat isteri dan anaknya dihumban ke dalam trak seperti sampah.

Lee dilaporkan mengaku bersalah kerana menjual filem, muzik dan drama dari Korea Selatan.

Pihak berkuasa Korea Utara sedang memburu mereka yang membeli bahan-bahan tersebut daripadanya.

“Jika seseorang ditangkap kerana menonton filem atau drama dari Korea Selatan, mereka akan menerima hukuman sama ada penjara seumur hidup atau ᴅɪʜᴜᴋᴜᴍ ᴍᴀᴛɪ. Jadi, tiada siapa tahu giliran siapa selepas ini,” ujar seorang sumber. – AGENSI

Video:

Reaksi warga maya

Dengar-dengar dekat sana takda covid

Dia belum tengok M-Drama lagi.

Teringin sangat nak face to face dengan pemerintah korea utara  ni

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL