spot_img

Kucing Mengalami Ketumbuhan Dasyat Gara Gara Tuannya Beri Pil Perancang

- Advertisement -

SEEKOR kucing betina terpaksa menahan derita untuk jangka masa yang lama gara-gara ‘kecerdikan’ yang melampau tuannya yang menjadi doktor haiwan yang tidak bertauliah.

Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing malang itu mengalami ketumbuhan yang dahsyat kerana diberi pil perancang oleh tuannya yang dipercayai mahu mengelak haiwan itu hamil.

Akibatnya, kucing itu terpaksa dibedah dan dibuang ketumbuhan tersebut.

- Advertisement -

- Advertisement -

Melalui semakan di internet, gambar kejadian berlaku di luar negara. Difahamkan, kucing itu telah pulih sepenuhnya.

Kucing tidak sepatutnya diberi pil perancang yang dibuat khas untuk manusia kerana kesan sampingannya boleh menyebabkan haiwan itu ᴍᴀᴜᴛ. Sebaliknya, pemilik kucing boleh meminta doktor haiwan yang bertauliah, memandulkan haiwan itu.

INFO VETERINAR – UBAT PERANCANG UNTUK KUCING

Setiap orang yang mempunyai haiwan kesayangan terutama kucing dan anjing akan memikirkan satu masalah pembiakan yang mana seekor kucing/anjing betina mampu melahirkan anak lebih dari satu.

- Advertisement -

Oleh kerana itu, tuan haiwan kesayangan berkenaan perlu mencari alternatif dalam mengurangkan populasi haiwan kesayangan di rumah jika membela bukan untuk pembiakan. Ada beberapa cara untuk mereka dalam menangani masalah ini seperti pembedahan pemandulan atau pengambilan Ubat Perancang untuk kucing atau anjing.

Jangan kata, haiwan tiada pil perancang ye, semestinya ada dan dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu suntikan(injection) dan tablet. Ubat suntikan yang agak popular adalah Supprestral. Di klinik cik en, hanya pemberian suntikan perancang sahaja dan telah di berhentikan lebih kurang 3 tahun yang lepas. Ini kerana terdapat banyak komplikasi untuk jangka masa yang panjang kepada haiwan kesayangan kita dan juga boleh membawa ᴍᴀᴜᴛ.

Untuk makluman semua, pemberian ubat perancang adalah untuk elakkan kehamilan. Dan ada ubat yang bertahan selama 2 minggu, 1 bulan dan 3 bulan.

Ini apa yang cik en tahu. Tapi disini cik en hanya mengeluarkan pendapat untuk penggunaan ubat Perancang. Ubat Perancang ini bagus untuk kita yang meng”delay”kan kehamilan haiwan kesayangan kita.

Maksudnya merancang kehamilan untuk jangka masa yang pendek. Tapi bukannya untuk stop terus. Jika korang berharap hendak stopkan production mereka terus cik en nasihatkan untuk buat pembedahan pemandulan. Apa yang cik en pernah terima di klinik cik en, penggunaan yang kerap dan lama bagi ubat perancang akan mengakibatkan rahim kucing bernanah dan akhirnya mengalami ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ. Dan juga cik en kesiankan kucing atau anjing dalam menahan kesakitan berpanjangan.

Jika ada yang was was mengenai pemandulan itu haram atau tidak bolehlah rujuk di E-Fatwa. Oleh kerana ada yang menyatakan pemandulan itu haram dan langsung tidak boleh dibuat menyebabkan golongan ini mengambil keputusan untuk memandulkan kucing atau anjing mereka dengan ubat perancang ini dan tanpa sedar ianya akan mengakibatkan kes yang serius untuk kucing dan anjing korang.

Jadi nasihat cik en, kaji dulu kebaikan dan keburukan pengambilan ubat perancang ini untuk memastikan kita tidak di anggap “ᴋᴇᴊᴀᴍ” dalam melayan haiwan kesayangan kita.

Segala pertanyaan ubat perancang better rujuk kepada klinik, kerana setiap ubat perancang ada description sendiri.

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL