spot_img

Kisah Kali Pertama Masyarakat Malaysia Mengetahui Nama Sebenar P. Ramlee

- Advertisement -

PADA 29 Mei 2021 lalu bersamaan dengan 17 Syawal 1442 hijrah, genaplah 48 tahun seorang seniman agung dalam dunia Melayu, Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau Tan Sri P.Ramlee kembali menemui Maha Pencipta.

Pada pagi Selasa, 29 Mei 1973, P.Ramlee yang menjadi pujaan ramai rakyat seluruh Nusantara telah pergi buat selama-lamanya. Berita kematiannya dengan pantas tersebar menerusi corong-corong radio pada pagi 29 Mei itu. Ramai yang tidak percaya apabila menerima berita pemergian P.Ramlee pada pagi itu. Rakan-rakan seperjuangannya masing-masing kebingungan dan bertanya sesama sendiri adakah ini berita nyata atau hanya sebuah naratif di dalam filem arahan beliau.

Beliau antara yang paling awal tiba bila mendapat tahu P.Ramlee meninggal dunia.

Ya, memang P.Ramlee sudah tiada lagi. P.Ramlee sudah pergi meninggalkan dunia ini menemui Tuhan-Nya seawal waktu Subuh pada pagi itu. Pemergian P.Ramlee diratapi oleh masyarakat dan peminat-peminatnya dari seluruh negara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah pada pagi yang hening itu ada orang yang sanggup terjun melalui tingkap ataupun jendela, semata-mata ingin memberi tahu rakan-rakan bahawa P.Ramlee sudah meninggal dunia. Bukan rumah itu tidak ada pintu, tetapi oleh kerana seluruh perasaan diselebungi kesedihan sehingga tingkap atau jendela terbuka luas itu disangka pintu. Begitulah betapa besarnya pengaruh P.Ramlee kepada masyarakat pada ketika itu.

- Advertisement -

May be a black-and-white image of 7 people and indoor

Suasana rumah P.Ramlee di Jalan Dedap juga sudah mula dipenuhi oleh rakan-rakan dan orang ramai. Lapisan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa seperti rakyat biasa, wartawan, sasterawan, bintang filem, orang politik, ahli perniagaan, menteri kabinet, sudah mula berhimpun dihalaman rumahnya walaupun pada waktu itu sudah mula memperlihatkan tanda-tanda hujan akan turun. Tetapi mereka tetap tidak berganjak demi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah P.Ramlee.

Jenazah P.Ramlee tiba di Jalan Dedap dari Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan disambut oleh hampir 500 orang ramai yang setia menanti di halaman rumahnya. Dalam perjalanan dari Hospital ke Jalan Dedap hujan renyai sudah mulai turun. Di sepanjang jalan masuk ke rumah P.Ramlee, orang berjalan berduyun-duyun tidak putus-putus mengiringi jenazahnya.

- Advertisement -

Jenazah P.Ramlee dibawa ke Masjid Jamek, Kampung Baru untuk dimandi dan dikafan serta disembahyangkan selepas waktu Zohor. Hampir 200 buah kereta mengiringi jenazahnya yang turut diketuai oleh anggota Polis bermotor. Apabila tiba di Masjid beribu-ribu masyarakat sudah menanti jenazah P.Ramlee untuk bersama-sama menyertai solat jenazah. Kira-kira jam 5 petang jenazah P.Ramlee tiba di tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang.

Tanah perkuburan juga sudah menjadi lautan manusia menyambut jenazah seniman agung itu. Semua yang hadir di tanah perkuburan tetap setia berdiri dan menanti walaupun hujan renyai mengiringi jenazah. Orang ramai berasak-asak dan tolak menolak mahu ke hadapan mendekati liang lahat sehinggakan tempat meletakkan jenazah sudah tidak kelihatan. Pihak Polis juga terpaksa mengawal keadaan bagi melancarkan urusan pengkebumian.

Pada waktu talkin dibaca itulah buat kali pertama masyarakat mengetahui bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria. Apa yang lebih menarik talkin itu telah dibacakan oleh Mohamad Rajoli bin Mohamed Zain (Allahyarham) atau lebih dikenali dengan nama M.Rajoli yang pada ketika itu berusia 28 tahun sedang berkhidmat sebagai salah seorang Imam besar di Masjid Jamek, Kampung Baru.

M.Rajoli (depan kanan) sedang membaca talkin di hari pengkebumian P.Ramlee. Turut kelihatan Jins Shamsudin yang turut menghantar jenazah sampai ke tanah perkuburan.
- Advertisement -

Begitulah sedikit coretan dan perkongsian dari saya sempena memperingati tarikh pemergian seorang manusia biasa yang sangat luar biasa anugerah dari Allah buat kita semua sebagai rakyat Malaysia khususnya dan bangsa Melayu amnya. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan dan pengetahuan baru kepada yang sudi.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, gagak di rimba yang masih kekal bertakhta di belantara seni.

Berita tentang kematian P.Ramlee di muka depan akhbar Utusan Melayu yang masih lagi dalam simpanan.

Al Fatihah…

Kredit: HAR

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL