spot_img

Tiada Entiti Atau Makhluk Halus, Video Edit Je

- Advertisement -

BEBERAPA bulan lepas tular di media sosial satu video yang merakamkan seorang bayi yang melihat cermin. Setelah beberapa saat dirakamkan, bayi berkenaan berpaling ke arah belakang, tetapi pantulan imej bayi tersebut tetap memandang ke depan. Situasi ini telah membuatkan kita berasa seram. Ada yang mengatakan wujud entiti pada cermin berkenaan apatah lagi kedengaran suara ibu bayi berkenaan di dalam ketakutan.

Nasrullah Mohammad Napi bapa kepada bayi tersebut memberikan penjelasan dan menjawab segala tohmahan yang diberikan.

“Memang tiada entiti atau makhluk halus ketika rakaman dibuat dan saya akui rakaman video yang tular itu disunting untuk menjadikannya sebagai bahan penarik di laman sosial,” kata Nasrullah yang juga pengurus Jumper Motion.

- Advertisement -

Nasrullah, 33, yang juga pengurus Jumper Motion berkata, kanak-kanak lelaki dalam rakaman berkenaan adalah anak bongsunya, Mohammad Naeyl yang berumur 10 bulan (ketika itu), manakala suara wanita dalam rakaman video berkenaan pula adalah isterinya, Noor Asmah Ishak, 38.

Katanya, idea menghasilkan video berkenaan timbul secara spontan ketika berada di rumah, dan dia mengambil masa selama setengah jam untuk merakam aksi Mohammad Naeyl serta dua hari untuk menyiapkan video berdurasi 10 saat itu.

“Untuk mendapatkan hasil lebih kemas sebenarnya memerlukan masa lebih lama, selain peralatan serta tenaga kerja yang ramai. Namun, saya hanya gunakan perisian ‘After Effect’ saja untuk memberi kesan khas kerana tiada bajet, lagipun ia sekadar untuk mengisi bahan di laman sosial saya.”

- Advertisement -

“Pendek kata, merakam dan menyunting video bukan hanya hobi tetapi sudah menjadi kerjaya tetap saya sejak enam tahun lalu,” katanya ketika dihubungi akhbar tempatan.

Nasrullah turut memohon maaf kepada mereka yang tidak menyenangi video dimuat naiknya. Katanya, banyak juga maklum balas yang diterima, tidak kurang juga pertanyaan daripada netizen mengenai kesahihan video berkenaan.

Video Yang Tular

- Advertisement -

“Ramai yang percaya adanya entiti dalam video berkenaan, tetapi ada juga tahu ia hanyalah disunting dengan kesan khas semata-mata. Ada yang menuduh saya mengeksploitasi kanak-kanak demi meraih perhatian, namun saya terima komen mereka dengan hati terbuka.”

“Apa pun, terima kasih kerana menyokong dan memahami ia hanyalah satu karya dan hasil kreativiti untuk hiburan semata-mata,” katanya.

Rakaman semasa keluar berita tempatan

Instagram Nasrullah

https://www.instagram.com/nasrullahnapi/

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL