spot_img

Tiada Happy Hour, Semua Operasi Kilang Arak Diarah Tutup Serta Merta

- Advertisement -

SHAH ALAM 1 JUN: Semua kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu berikutan kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

- Advertisement -

Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, semua sektor perkilangan kecuali membabitkan 12 kategori saja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

- Advertisement -

Sebelum itu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pernah memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya pada April lalu.

“(Kebenaran) sudah dibatalkan kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.

Dalam ciapannya terdahulu, Annuar meminta tindakan diambil segera ke atas kilang minuman keras itu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

- Advertisement -

Katanya, ia tidak selari dengan dasar yang diambil dan diputuskan kerajaan dan tindakan perlu diambil segera berhubung isu berkenaan.

Pada April lalu tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini.

Reaksi Warga Maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL