spot_img

Budak 4 Tahun Hilang 20 Batang Gigi Susu Kerana Ibu Bapanya Tak Perasan Gigi Anak Rosak Dan Mereput

- Advertisement -

SEORANG doktor gigi di Hospital Patong di Phuket, Thailand berkongsi di Facebooknya mengenai seorang pesakitnya yang mempunyai banyak gigi yang telah rosak.

Pesakit berkenaan hanya berusia empat tahun yang datang ke kliniknya kerana mengalami masalah yang serius di bahagian giginya pada 26 November lalu.

20 batang giginya telah mereput, ada yang sudah pecah dan ada yang hanya tnggal akar di bahagian gusi sahaja.

- Advertisement -

Menurut laporan akhbar tempatan, ibu bapa kanak-kanak lelaki itu selepas menghantar anak mereka ke pusat asuhan dan tidak menyedari si anak mengalami masalah gigi rosak. Kakitangan di pusat asuhan itu juga tidak menyedari perkara itu.

Doktor gigi itu berkata, oleh kerana masalah yang dialami itu adalah serius, saraf di bawah gigi pesakit boleh terkena ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ dan menjejaskan gigi kekal yang berada di bawahnya.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mencabut kesemua gigi rosak itu berbanding membiarkan gigi rosak itu tercabut sendiri yang juga boleh mendatangkan risiko.

- Advertisement -

- Advertisement -

Sebanyak 20 batang gigi yang telah rosak dikeluarkan. ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ cilik itu diberi 14 suntikan anaesthetic dan 18 jahitan.

Perkongsian doktor itu viral di media sosial dan mendapat banyak likes dan shares selepas beberapa hari dikongsikan.

Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak mereka dan membawa anak menjalani pemeriksaan agar mereka sentiasa sihat dan kuat.

Sementara itu menurut Rohaya Dental Surgery  antara punca gigi anak reput dan hitam adalah kerana pemilihan salah pilih susu juga.

Sebaik sahaja usia bayi meningkat, ibu yang bekerjaya umumnya akan menggantikan susu badan dengan susu formula yang dibeli di pasaraya. Namun apa yang ramai tidak tahu, bukan semua susu formula baik dan sesuai untuk bayi anda biarpun ia diyakini ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢɪ vitamin dan nutrisi penuh untuk tumbesaran si cilik. Berikut merupakan antara beberapa faktor yang boleh diambil kira sebagai punca kepada masalah gigi dalam kalangan anak kecil.

SUSU FORMULA TINGGI KANDUNGAN GULA

Dalam iklan-iklan susu Formula yang ditonton menerusi kaca TV, kebanyakannya hanya mendedahkan betapa susu kaya dengan kandungan Asid Folik, Zat Besi, DHA, Vitamin D, Kalsium, Omega dan banyak lagi tetapi hakikatnya, ramai tidak tahu bahawa susu formula sebenarnya mengandungi kadar gula tinggi.

Baik susu berperisa coklat mahupun asli, rata-ratanya mendedahkan gigi anak kepada kerosakan berganda lebih-lebih lagi apabila susu tersebut diminum ketika hendak tidur.

GIGI HITAM KERANA TERDEDAH PADA MINUMAN BERGULA

Kerapuhan gigi dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan gigi yang terdedah pada cecair bergula untuk jangka masa panjang. Ini termasuklah jus, minuman berkarbonat dan segala macam minuman lain yang mengandungi kandungan gula, boleh rujuk label info nutrien pada produk minuman.

Bukan itu sahaja, setiap kali anak meminum minuman bergula secara berterusan seperti susu formula itu sendiri, ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ asid akan berlaku pada gigi dan gusi lalu bermulalah kerapuhan gigi. (gigi pecah, patah, retak dan kehitaman).

CARA MENGATASI MASALAH GIGI RAPUH/HITAM

Cuba kurangkan pengambilan minuman atau makanan bergula secara berkala, sedikit demi sedikit dalam tempoh masa 2 hingga 3 minggu untuk membiasakan si anak.

Cuba tambah sedikit air ke dalam bancuhan susu formula yang mengikut sukatan biasa.

Kurangkan pengambilan susu formula. Boleh gantikan dengan puting atau susu lembu asli (tanpa gula) jika si ibu sudah tiada susu badan.

Jika anak masih meragam, boleh terus beri susu formula tetapi lebihkan air untuk seimbangkan kandungan gula.

Kawal pengambilan gula anak di antara waktu makan.

Nasihat doktor, satu-satunya cecair yang selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak adalah air putih kerana ianya neutral tanpa gula atau perisa.

GIGI ROSAK PUNCA ANAK LEMBAB BERCAKAP

Apabila anak minum susu ketika hendak tidur, pengaliran air liur ketika itu sangat kurang seterusnya menggalakkan cecair bergula itu tadi berlegar di dalam mulut (sekitar gigi dan gusi) untuk jangka masa lama. Jika perkara itu dibiarkan tanpa pemantauan mahupun anak dibiarkan tidak memberus gigi, hal akan menjadi lebih parah, menyebabkan ᴋᴇꜱᴀᴋɪᴛᴀɴ dan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL