spot_img

Gara Gara Jiran Atas Selalu Bersihkan Singki Tersumbat Guna Bahan Kimia, Jiran Bawah Terima Padah

- Advertisement -

HATI-HATI beli dan guna bahan kimia. Ini kaki ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ saya. ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ akibat terkena bahan kimia. Namun ini bukan salah dia. Bukan dia beli dan gunakan bahan itu. Macam mana dia terkena?

Pesakit ni duduk di sebuah rumah pangsa. Ketika itu, dia sedang memasak di dapur. Tiba-tiba paip di siling rumah dia, ᴘᴇᴄᴀʜ dan air dari paip itu terkena kakinya. Masa paip itu ᴘᴇᴄᴀʜ, ia keluarkan asap.

Sebaik sahaja air dari paip ᴘᴇᴄᴀʜ tu kena kaki ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ ni. Dia terus rasa panas yang tak dapat digambarkan ꜱᴀᴋɪᴛɴʏᴀ. Dia terus melepuh. Cepat-cepat dia cuci kaki dengan air mengalir, tapi masih sangat ꜱᴀᴋɪᴛ.

- Advertisement -

Akhirnya perlu di bawa ke hospital. ʟᴜᴋᴀ ʟᴇᴄᴜʀᴀɴ kimia pada kaki ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ telah ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ, dan kemudian telah dirujuk ke Jabatan ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ Plastik serta Terapi Carakerja untuk rawatan susulan ʟᴇᴄᴜʀᴀɴ.

Macam mana paip atas boleh ᴘᴇᴄᴀʜ?

Penghuni unit di tingkat atas unit ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ, singkinya tersumbat. Maka mereka telah gunakan satu bahan kimia (didakwa ᴀꜱɪᴅ) untuk menyelesaikan masalah paip tersumbat itu.

ᴀꜱɪᴅ yang dibeli itu adalah produk komersial. Ia dituang ke dalam paip yang tersumbat itu. Kemudian dibiar, agar ᴀꜱɪᴅ itu menghakis apa-apa jua yang menyebabkan paip tersumbat.

- Advertisement -

Maknanya ᴀꜱɪᴅ ni menghakis. Tidak pasti sama ada cara penggunaan salah, paip di rumah pangsa itu dah lama, atau material paip tak sesuai. Tapi ia menyebabkan paip itu ᴘᴇᴄᴀʜ.

Sesetengah rumah, sistem perpaipannya adalah jenis terbuka. Maksudnya saliran untuk tingkat atas, akan nampak di siling tingkat bawahnya. Jadi, perlu sangat berhati-hati.

Pastikan perkara ini:

- Advertisement -

– Produk berdaftar dan selamat.

– Baca cara penggunaan produk.

– Produk sesuai untuk paip rumah anda.

– Gunakan perlindungan diri yang lengkap.

– Pertimbangkan keselamatan orang lain.

Selain itu, setelah letak ᴀꜱɪᴅ:

– Jangan jenguk ke dalam lubang air.

– Jangan sua muka, elak terhidu wap ᴀꜱɪᴅ.

– Jangan letak tangan di atas lubang air.

– Jangan letak kaki di bawah singki.

– Jangan cuba jolok lubang air.

Utamakan keselamatan!

Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL