spot_img

Gara Gara Beri Bayi Makan Pisang Dan Biskut Marie Sejak Usia Sebulan Akhirnya Membawa Padah

- Advertisement -

KISAH yang tersebar melalui screenshot whatsapp tentang ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ bayi berusia 2 bulan yang ᴍᴀᴛɪ dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.

Info yang ada:

Bayi berusia 2 bulan.

Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan.

- Advertisement -

ᴍᴀᴛɪ kerana pneumoni berat.

Perut membusung berdasarkan gambar.

Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus ᴍᴇᴍʙᴇɴɢᴋᴀᴋ akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang.

- Advertisement -

Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.

Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ.

“Salam. admin minta siarkan pic nie..kejadian di indonesia baby baru 2 bulan mak die kasih pisang dengan bubur ya Allah sedih sngat..baby meninggal..”

- Advertisement -

May be an image of 1 person

Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan ᴍᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja.

Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.

Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Reaksi warga maya

lagi satu jgn la bg petua yg bukan2 kt anak orang

selalunya ibu muda mmg akan google  atau ikut pada saranan buku baby

Doc dah beritahu memang tak boleh beri makanan

buah pinggang bayi ni sebesar ibu jari je

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Sila Dapatkan Baju Di Sini > SHOPEE

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL