SECARA umumnya terdapat tiga jenis mahkluk yang setiap darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza:
Rasulullah S.A.W. telah menerangkan tentang tiga jenis makhluk ini dalam sabda baginda:

Merujuk kepada tiga jenis mahkluk di atas, yang penting untuk diketahui ialah bahan asas ciptaannya dan bukan bagaimana bahan tersebut berbentuk atau diadun. Ini kerana jika dihimpun semua ayat al-Quran dan hadith yang sahih berkenaan asal usul malaikat, jin dan manusia akan ditemui bahawa bahan-bahan tersebut dinyatakan dalam bentuk yang berbeza atau adunan yang berlainan.
Untuk jin umpamanya, dalam hadith di atas disebut bahawa ia diciptakan dari nyalaan api. Akan tetapi dalam ayat 27 surah al-Hijr, disebut bahawa ia dicipta dari ‘angin api yang amat panas’. Perbezaan ini sebenarnya saling melengkap dan memperinci antara satu sama lain. Yang penting untuk kita ketahui ialah bahan asas untuk ciptaan jin ialah api.
Di antara tiga mahkluk ini, manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. selepas Dia mencipta malaikat dan jin. Allah berfirman:

Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa jin dicipta sebelum manusia dan malaikat sudah sedia ada ketika Allah hendak mencipta manusia.
Setakat ini tidak ditemui nas yang sahih lagi jelas yang menerangkan antara malaikat dan jin, siapakah yang dicipta terlebih dahulu. Apabila Allah dan Rasul mendiamkan persoalan ini, bererti ia bukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk kita memikirkannya atau mencari jawapannya.
Antara tiga makhluk tersebut, syaitan adalah dari jenis makhluk jin sebagaimana jelas Allah SWT berfirman dalam ayat berikut:

Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:

Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan Rasul mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan. Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut, setelah iblis enggan sujud kepada Adam:

Insya Allah, setakat itu sahaja penjelasan pada artikel ini. Akan disambung pada siri akan datang.
Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: