spot_img

Gambar Arwah Isterinya Yang Telah Pergi, Disemat Kemas Di Dadanya

- Advertisement -

KISAH ini telah berlaku sebelum ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ corona berlaku lagi. Kisah ini dikongsikan kerana lain dari yang lain dan mampu membuatkan ramai yang sebak.

Rasa sebak melihat kisah pendek yang dikongsikan jurugambar perkahwinan ini. Rasanya inilah kali pertama kisah seperti ini viral di media sosial.

Mohd Hafizan Ilias, langsung tidak menyangka perkara itu berlaku di depan mata ketika merakam gambar pengantin perempuan dengan bapanya di pelamin. Sesungguhnya inilah yang dinamakan cinta sampai hujung ɴʏᴀᴡᴀ.

Pakcik Omar memegang gambar isterinya di hari bahagia anaknya, Hanim | Foto – Mohd Hafizan Ilias.
- Advertisement -

Hari ini saya berpeluang merasai suatu perkara. Perasaan yang sangat berbeza. Pakcik ini sangat hebat. Ketika saya menghalakan kamera untuk mengambil gambar, “nanti kejap”, katanya.

Dia mengeluarkan sesuatu dari pouch bagnya, berbungkus kemas di dalam plastik, dikeluarkannya satu gambar.

Ya, apa yang selalu saya tengok dalam drama TV, filem-filem, terhidang di depan mata. Gambar ᴀʀᴡᴀʜ isterinya yang telah pergi disemat kemas didadanya. Rasa macam kecil saja diri ini bila dibandingkan dengan pakcik ini.

- Advertisement -

Kasih, sayang cinta sampai syurga. Rasa sebak, rasa tergenang mata tetapi tahan sajalah.

Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil ‘sampul’ itu.

- Advertisement -

Ye, beliau membawa ke mana sahaja ‘sampul’ itu, mungkin tempat untuk letak ‘ang pau’ orang bersalam agaknya.

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag-nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi ‘sampul’ yang dikeluarkannya adalah gambar ᴀʀᴡᴀʜ isterinya (Large scale) yang ‘lebih terang’, katanya. Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.

“Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni..” sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga.

Saya tahu, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidup saya, bertemu orang sepertinya. Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca di dalam novel cinta.

Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada ᴀʀᴡᴀʜ isterinya.

Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, “bercerai kasih talak tiada”. Al-Fatihah untuk isteri beliau.

Reaksi warga maya

Menitiq ayaq mata aku baca

Beruntunglah wahai isteri yg mendapat kasih suami walaupun bila dh tiada..

Ini yg dinamakan redha seorg suami terhadap isterinya..

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL