spot_img

Bayi Usia 10 Hari Meninggal Selepas Disuap Bubur Pisang Oleh Neneknya

- Advertisement -

KECUAIAN seorang warga emas telah menyebabkan bayi yang baru lahir meninggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.

Menurut Lia Imelda Siregar, kejadian itu berlaku pada beberapa tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.

“Ini semua pengajaran buat kita semua. Dulu mungkin bayi baru lahir boleh diberi makan bubur pisang kerana pisangnya masih bersih dan bebas dari ʀᴀᴄᴜɴ serangga,” tulisnya di Facebook.

- Advertisement -

Difahamkan, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu baru saja berusia 9 hari, tetapi telah disuap dengan bubur pisang oleh neneknya meskipun telah dilarang berbuat demikian.

Akibatnya, berlaku ᴘᴇɴᴅᴀʀᴀʜᴀɴ dari hidung, mulut dan duburnya menyebabkan keluarga itu panik, lalu menghantar ᴍᴀɴɢꜱᴀ ke hospital.

“Si dedek (bayi) menangis saja. Jadi, saya buatkan bubur pisang untuk dia. Dulu anak-anak saya semua diberi makan bubur ini dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.

- Advertisement -

“Tetapi bila diberi pada cucu, ᴅᴀʀᴀʜ keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Saya menyesal. Bidan pun dah melarang sebelum ini tetapi saya degil.

“Sewaktu dilahirkan, beratnya 1.8 kg. Selepas 10 hari, beratnya turun ke 1.3 kg,” katanya sambil menangis dan mengatakan bahawa itu adalah cucu pertamanya.

Sejam selepas dibawa ke hospital, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.

- Advertisement -

Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa bayi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal.

“Jangan beri bayi makan makanan pejal. Kasihan anak kecil ini menderita ᴅᴀʀᴀʜ keluar dari hidung, mulut dan duburnya sehingga hilang ɴʏᴀᴡᴀ akibat kecuaian neneknya sendiri.

“Usus bayi tidak kuat seperti usus orang dewasa. Tolong jangan beri makanan pejal kepada bayi,” tulisnya.

Reaksi warga maya

Dahlah premature lepastu weak sgt baby tu then baru plak 9 hari usianya

Teringat dulu, tgh dlm pantang org suapkn baby bubur tepung

aku lebih dulu mkn garam, kau apa tau

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Sila Dapatkan Baju Di Sini > SHOPEE <

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL