spot_img

Viral Gambar Anak Dalam Program Hiburan Tak Ikut SOP, Ismail Sabri Tampil Beri Kata Kata Tegas

- Advertisement -

BARU sahaja mula ditayangkan pada hari Ahad lalu, kini rancangan realiti TV All Together Now Malaysia (ATNM) terpaksa dihentikan buat sementara waktu berikutan ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada bulan Mac lepas.

Ramai netizen mengecam semua pihak yang terlibat dalam program ’50 juri’ berkenaan terutamanya golongan artis yang juga merupakan antara juri-juri jemputan.

Dalam pada itu, salah seorang juri program iaitu anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, penyanyi Dafi turut terkena tempiasnya apabila netizen membanjiri ruangan komen ‘posting’ terbaru dengan kecaman.

Anak menteri pun ʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP?

- Advertisement -

119994707_397064771282022_3606437451943097321_n

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik nama Gadaffi Ismail Sabri itu dan ᴍᴇɴʏᴇʀᴀɴɢɴʏᴀ kerana turut ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ terlibat dengan isu ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, ada juga yang memberi nasihat kepadanya agar menjadi contoh yang baik kepada masyarakat memandangkan statusnya sebagai seorang anak menteri dan ‘public figure’.

Tunjuklah contoh yang baik

SOP untuk orang susah je

Anak menteri tak follow SOP

- Advertisement -

Rakyat susah payah jaga SOP

Program All Together Now Malaysia yang bersiaran secara rakaman di stesen berbayar telah menghimpunkan 50 orang juri dalam satu masa dengan Sherry Al-hadad selaku pengacara untuk acara tersebut.

Menerusi pihak produksi, rakaman program berkenaan telah dilakukan di Putrajaya pada bulan Mac hingga April yang lepas semasa kes penularan pandemik tidak seburuk sekarang.

Ini Kata-Kata Tegas Ismail Sabri Sendiri.

Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ peraturan sepanjang tempoh sekatan perjalanan penuh, termasuk anak saya, demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberi jaminan bahawa pelaksanaan perundangan negara akan dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Beliau berkata demikian susulan kritikan melibatkan program realiti televisyen yang menampilkan selebriti sebagai juri termasuk anaknya, Gaddafi Ismail Sabri atau lebih popular dengan panggilan Dafi kerana dikatakan tidak mematuhi SOP bagi membendung penyebaran Covid-19.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

“Tindakan akan diambil jika ada yang melanggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika individu itu anak saya,” katanya kepada Malaysiakini pada Rabu.

Episod pertama program hiburan, All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu, mendapat kritikan pengguna media sosial yang ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ program tersebut telah ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ SOP kerana beberapa selebriti tidak memakai topeng muka.

Pada Selasa (8 Jun), Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir mengarahkan supaya siasatan dibuat ke atas program hiburan terbitan Astro susulan ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ tersebut.

Stesen televisyen swasta itu kemudian menangguhkan tayangan program realiti itu buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Naib Presiden Strategi Pembangunan ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sebarang perkembangan mengenai program hanya akan diketahui setelah siasatan selesai.

Berikut Senarai 50 Juri Bagi Program All Together Now Malaysia 2021.

Datuk AC Mizal (Ketua Juri), Ernie Zakri, Syamel, Mark Adam, Erra Fazira, Noryn Aziz, Tuju K-Clique, Siti Nordiana, Zizan Razak, Khai Bahar, Jaclyn Victor, Zizi Kirana, Tabby Dolla, Shiha Zikir,

Sissy Iman, Bob Yusof, Nana Mahazan, Linda Nanuwil, Andi Bernadee, Chubb-e, Catriana Ross, Sarah Suhairi, Ifa Raziah, Ainaa Abdul, Mimi Fly, Azzam Sham,

Dafi Ismail, Ara Johari, Azira Syafinaz, Liza Hanim, AzfarHeri, Acong, Joey Daud, Angel Dolla, Yusuf Bahrin, Yaya Zahir, Kelly Azman, Jad Lobo, Harith Zazman,

Kaka Azraff, Haniff Hamzah ERA, Falyq Hikyle SINAR, Ean HITZ, Suresh RAAGA, Neeta Manisha, Kidd Santhe, Thanuja, Vanessa Reynauld, Daniel Cheong, Alvin Chong.

Antara lagi reaksi warga maya

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Sila Dapatkan Baju Di Sini > SHOPEE <

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL