spot_img

Nur Amalina Bidas Prof Tetapi “Orang Lama” Pertahan Dr Muhaya

- Advertisement -

PETALING JAYA – Orang ramai pertahankan kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikecam netizen selepas memuat naik sebuah video berkaitan jodoh di laman media sosialnya hari ini.

Video yang memaparkan Muhaya menyatakan seorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” jika mahu cepat mendapat jodoh turut dibidas pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri di laman Twitter.

Sebalik kecaman yang diterima susulan perkongsian video itu, ramai netizen mempertahankan kenyataan Muhaya apabila rata-ratanya menganggap mesej daripada video itu telah disalah tafsir.

- Advertisement -

“Kalau baca yang tersirat, Prof. Muhaya sebenarnya tekankan pasal perlunya bertolak ansur, toleransi dalam hubungan suami isteri,” kata seorang netizen Alexis King.

Seorang lagi netizen, Din Don berkata, rata-rata netizen dalam kalangan orang muda kini tidak begitu faham bahasa kiasan.

“Orang lama-lama sahaja yang faham apa maksud Prof. Muhaya,” kata seorang lagi netizen, Norarlena.

- Advertisement -

Terdahulu, Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

Ade dua golongan, org muda amik bulat2, org lama amik yg tersirat. So guna akal n iman dlm penilaian

Bak kat mak saya nak buat macamana budak sekarang ramai lagi bijak

tak gheti bahasa bkn tk tahu bercakap..ia bermaksud tk memahami apa yg cuba nk disampaikan..

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Sila Dapatkan Baju Di Sini > SHOPEE <

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL