spot_img

Viral Rakaman Nenek Lintas Jalan Jam 3 Pagi Bukan Jelmaan Makhluk Halus

- Advertisement -

PETALING JAYA – Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang nenek melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada pukul 3 pagi baru-baru ini akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.

Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.

“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pukul 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.

- Advertisement -

“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” ujar kapsyen hantaran tersebut.

Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.

“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia,” ujar seorang pengguna media sosial bernama Nur Nunu.

- Advertisement -

“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan dalam gelap. Kereta laju-laju semua. Bimbang jika jumpa penyamun, haiwan buas. Kami doa mak cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” ujar netizen bernama Ayzoll AZ.

“Biasanya kalau jumpa pukul 2 pagi hingga 5 pagi itu mungkin orang kampung hendak pergi menoreh getah. Orang dulu-dulu memang hati kental,” ulas seorang lagi netizen.

Namun masih ada netizen yang meragui keberadaan makcik ini kerana semasa rakaman di dalam video seolah-olah makcik ini berjalan sangat laju. Walauapapun persepsi warga netizen diharap semoga nenek ini dilindungi dan dipermudahkan segala urusannya.

Video Yang Viral:

- Advertisement -

Reaksi warga maya

Celik lagi mata nenek ni jalan malam-malam

Yang penting makcik ni pakai mask

Mungkin makcik ni pelupa kot

Berulang kali tengok laju je makcik tu jalan

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Sila Dapatkan Baju Di Sini > SHOPEE

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:


- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL