spot_img

Bukan Nasi Lemak Itu Yang ɢᴀʏ Tapi Singkatan Nama

- Advertisement -

PETALING JAYA – Gerai Nasi Lemak GAY yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu terpaksa berhenti beroperasi setelah menerima pelbagai kecaman di media sosial, lapor Akhbar Tempatan.

Pemiliknya, Adi Yusuf berkata, gerai nasi lemaknya itu bukanlah bermaksud lelaki ɢᴀʏ atau ʜᴏᴍᴏꜱᴇᴋꜱ, tetapi ɢᴀʏ adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

“Saya tidak menyangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus dikecam. Kuasa media sosial amat menakutkan,” katanya memetik laporan dari sebuah Akhbar Tempatan.

- Advertisement -

Ekoran itu, Adi terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara waktu dan mahu menunggu ia reda dahulu.

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak ɢᴀʏʙᴏʏ pun. Saya tidak menyangka masyarakat terus ᴍᴇɴɢʜɪɴᴀ saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” katanya.

Gerai nasi lemak Adi beroperasi setiap pagi di Taman Segar, Cheras yang menjual nasi lemak pada harga RM2, nasi lemak kerang (RM4) dan nasi lemak ayam (RM5) selain turut menjual beberapa jenis makanan lain untuk sarapan seperti bihun goreng, mi goreng, kueh teow goreng dan kuih muih.

- Advertisement -

Walaupun pemiliknya telah membuat penjelasan tersebut, netizen masih mempertikaikan kewajaran Adi memilih menggunakan perkataan ‘ɢᴀʏ’ dan bendera yang sinonim dengan ʟɢʙᴛ di bunting yang digunakan untuk gerainya itu.

Adi menafikan dakwaan orang ramai kononnya dia mempromosikan nasi lemak ɢᴀʏ yang membawa maksud lelaki ʜᴏᴍᴏꜱᴇᴋꜱ. Sebaliknya hanya singkatan nama gerai dan namanya sahaja. Tetapi Logikkah? Bendera ʟɢʙᴛ tu. Peniaga waras ada ke nak guna ɢᴀʏ untuk perniagaan? Mohon ubahlah kepada nama lain.

Reaksi Warga Maya

- Advertisement -

Nak jual nasi lemak, letak gambar makanan jer.. Tak payar simbol-simbol

Kena berfikir dahulu sebelum letak nama

Sengaja mengundang kecaman pun tak elok juga

Niat nak viral untuk dapatkan sale?

Kalau singkatan nama kenapa warna bendera macam tu?

Dah tau orang akan pandang negatif kenapa letak juga?

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL