spot_img

Tak Puas Hati Status WhatsApp, Usahawan Kosmetik ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ Persenda Islam ᴘᴜᴋᴜʟ Anak 16 Tahun.

- Advertisement -

PASIR MAS – Berang dengan status dimuat naik anak perempuan berusia 16 tahun melalui aplikasi WhatsApp, seorang usahawan kosmetik yang sebelum ini mengaku tidak suka menunaikan solat dipercayai telah ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ remaja itu.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam di rumah mereka di Kampung Pauh di sini, remaja berkenaan dipercayai turut ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, insiden itu menyebabkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ mengalami ʟᴜᴋᴀ dan ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ pada bahagian kepalanya akibat ditampar oleh bapa tirinya.

- Advertisement -

Menurutnya, berdasarkan siasatan, sebelum kejadian berlaku, ᴍᴀɴɢꜱᴀ telah dipanggil oleh ibunya yang berusia 33 tahun selepas tidak berpuas hati dengan status melalui WhatsApp yang dimuat naik remaja berkenaan.

Katanya, apabila keluar dari bilik, ibunya telah memarahi remaja itu dan dia diheret oleh bapa tirinya sebelum menampar ᴍᴀɴɢꜱᴀ beberapa kali pada bahagian pipi.

“Selepas itu, wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Ibu remaja itu kemudian telah cuba ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ ᴍᴀɴɢꜱᴀ dengan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri.

- Advertisement -

“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status yang dimuat naik ᴍᴀɴɢꜱᴀ mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja,” katanya ketika dihubungi Akhbar Tempatan hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, siasatan mendapati status yang dimuat naik oleh ᴍᴀɴɢꜱᴀ telah dipadamkan.

Katanya, bagaimanapun, tiada sebarang ᴜɢᴜᴛᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa tirinya semasa kejadian.

- Advertisement -

“Hasil pemeriksaan terhadap ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang menerima ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati dia mengalami ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ pada bahagian kiri kepala, ʟᴜᴋᴀ pada bahagian dalam pipi dan ʟᴇʙᴀᴍ pada beberapa anggota badan.

“Siasatan mendapati, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang sudah berkahwin tinggal bersama ibu, bapa tiri dan suaminya di rumah tersebut,” katanya.

Menurut Mohd. Nasaruddin, kedua-dua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ telah ditahan pada pukul 9 malam tadi untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 324 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 323 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Reaksi warga maya

Tiada keberkatan hidup

Jiwa dah mula tak tenteram

Nak test tanya kiblat dekat mana?

Bangga cerita dekat orang yang dia tak solat.

Anak dah kahwin? mudanya.

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL