spot_img

ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Boleh ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ Melalui Kentut

- Advertisement -

PETALING JAYA Covid-19 boleh ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ melalui kentut. Sesuatu yang bunyinya lucu, namun percaya atau tidak, logiknya berdasarkan virus berkenaan memang ditemui dalam najis manusia.

Pakar Perunding ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ dan ᴛʀᴀᴜᴍᴀ Hospital Kuala Lumpur, Dr Alzamani Mohammad Idrose, berkata susulan itu gas yang keluar daripada kentut juga berisiko ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢɪ ᴠɪʀᴜꜱ ᴍᴀᴜᴛ berkenaan.

Katanya, virus sama juga merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ yang positif Covid-19.

- Advertisement -

“Namun, sebenarnya risiko ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ merebak daripada kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.

“Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.

“Kesimpulannya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan,” katanya menurut laporan Akhbar Tempatan.

- Advertisement -

Beliau mengulas kenyataan pakar Pusat Kawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ di Beijing, China yang memberikan pandangan bahawa risiko teramat rendah melainkan kentut dihidu dari jarak dekat daripada seseorang yang tidak memakai seluar.

Selain itu, pendedahan seorang doktor dari Australia mengenai ᴠɪʀᴜꜱ yang tersebar melalui kentut mengejutkan banyak pihak.

Malah, beberapa doktor sebelum ini memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria dan menjadi punca ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ.

- Advertisement -

Alzamani berkata, kesimpulannya disebabkan itu semua orang perlu memakai pelitup muka dengan sempurna.

“Nasihat saya, patuhilah SOP, pakai pelitup muka dan elakkan berada di kawasan ramai orang.

“Jika kita lihat kepada trend terbaru, Covid-19 turut ᴍᴇɴᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ orang muda, jadi kita kena lebih berjaga-jaga,” katanya.

Reaksi Warga Maya

Benda yang paling ʙᴀʜᴀʏᴀ adalah kentut senyap

Kena sentiasa pakai mask

Wajarkah seluar kalis angin diperkenalkan?

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL