spot_img

Haiwan Ini Buat Sup Urat Keting Sangat Sedap

- Advertisement -

SEORANG pengguna Facebook Azr Garden pernah beberapa bulan yang lepas berkongsikan satu posting pernah ᴍᴇᴍʙᴜʀᴜ biawak Padang Pasir (ᴅʜᴀʙ)  untuk dijadikan menu utama hujung minggu semasa beliau berada di Tanah Arab.

“Gambar kenangan ketika belajar di ibu negara Arab Saudi ,Riyadh,

“Setiap musim ʙᴜʀᴜ Biawak Padang Pasir untuk dijadikan menu utama hujung minggu,

- Advertisement -

“Dhob boleh didapati dengan mudah di pasaran apabila musimnya tiba sekitar Mac-September,

“Kalau buat sup, tak yah ceritalah, memang padu mengalahkan sup gear box.” – tulisnya.

- Advertisement -

“Daging India dan Kanggaro ambo tok makan,

“Kalau daging Dhob ambo jeliro benar,

“Sup urat keting ᴅʜᴀʙ pilihan ambo,

- Advertisement -

“Sedap tok soh ceritalah,

“Power sup ᴅʜᴀʙ ni ramai orang tau,

“Lepas makan terus BANGUN ore Kelatey oyak,

“Bangun basuh tanganlah, Kikikiki….”. – Tulisnya lagi.

Kenapa ᴅʜᴀʙ Halal Tetapi Biawak Malaysia ʜᴀʀᴀᴍ?

Walaupun hampir serupa, tapi tak sama.

ᴅʜᴀʙ tidak makan ʙᴀɴɢᴋᴀɪ. Ia hanya makan tumbuhan kaktus dan rumput-rumput kering.

Tak minum air. Mungkin kerana di dalam kaktus itu sendiri mempunyai air.

ᴅʜᴀʙ makan tak menggunakan ᴛᴀʀɪɴɢ atau kuku.

Tidak ʙᴇʀʙɪꜱᴀ dan tidak hidup 2 alam. Sebab tu halal.

ᴅʜᴀʙ merupakan haiwan yang sangat bersih. Ramai rakyat kita salah faham terhadap ᴅʜᴀʙ dan menyamakan dengan biawak. ᴅʜᴀʙ mempunyai 16 spesies dan hanya memakan tumbuhan.

Tidak mengeluarkan bakteria dan boleh dijadikan haiwan peliharaan.

ᴅʜᴀʙ biasanya akan membuang ɴᴀᴊɪꜱ pada waktu tengahari. ɴᴀᴊɪꜱ tersebut ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢɪ bahan kimia/kekotoran didalam badan.

Lebih kurang jam 10/ 11 pagi ᴅʜᴀʙ akan mula keluar dari tempat perteduhannya dan berjemur dibawah panas cahaya matahari. Bertujuan untuk ᴍᴇᴍᴀᴛɪᴋᴀɴ ᴋᴜᴍᴀɴ didalam perut kemudiannya mengeluarkan ɴᴀᴊɪꜱ.

May be an image of outdoors and text that says 'Dhab Biyawak'

ᴅʜᴀʙ merupakan sejenis biawak (dalam budaya Melayu) yang terdapat di padang pasir. Dari segi sains ia dikelaskan sebahagian daripada keluarga cicak. Nama Inggerisnya Egyptian Mastigure atau Egyptian dab lizard atau Egyptian spiny-tailed lizard. Manakala nama sainsnya pula adalah Uromastyx aegyptius microlepis.

Tambahan pula, ᴅʜᴀʙ merupakan haiwan reptilia yang ʙᴇʀᴅᴀʀᴀʜ sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai kulit bersisik tebal. Selain itu, ᴅʜᴀʙ merupakan sejenis haiwan vegetarian (hanya memakan tumbuhan atau sayuran). Ia menghabiskan banyak masanya di dalam lubang yang digalinya untuk menyembunyikan dirinya atau dicelah-celah batu-batu yang selamat untuknya berlindung. Panjang seekor ᴅʜᴀʙ boleh sampai kepada 14 inci ke 36 inci atau lebih daripada itu.

Berdasarkan soalan umur ᴅʜᴀʙ hidup lebih 700 tahun, kami tidak menemui riwayat atau hadith yang menceritakan tentang usia ᴅʜᴀʙ (biawak pasir) akan hidup. Akan tetapi, hal tersebut ada diucapkan oleh Ibn Khalawaih dan ia dinukilkan oleh ramai ulama’ di dalam kitab mereka. Berikut adalah nukilan daripada Ibn Khalawaih:

Maksudnya: “Telah disebutkan oleh Ibn Khalawaih bahawasanya ᴅʜᴀʙ ini hidup selama 700 tahun. Ia tidak meminum air dan akan kencing pada setiap 40 hari. Giginya tidak akan gugur dan dikatakan giginya tidak berbahagi-bahagi (seperti gigi manusia).”

Selain itu, antara ulama’ yang menukilkan pandangan ini di dalam karya mereka ialah:

– Imam Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) di dalam kitabnya Fath al-Bari pada mensyarahkan Sahih al-Bukhari. [Lihat: 663/9]

– Imam Badr al-Din al-‘Aini (855 H) di dalam kitabnya Umdah al-Qari Syarah bagi Sahih al-Bukhari. [Lihat: 136/21]

– Imam al-Syaukani (1250 H) di dalam kitabnya Nail al-Awthar ada menukilkan pendapat ini juga. [Lihat: 135/8]

– Syeikh Abadi (1329 H) di dalam kitabnya ‘Aun al-Ma’bud pada mensyarahkan Sunan Abi Daud. [Lihat: 190/10]

– Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) di dalam kitab Tuhfah al-Ahwazi Syarah Sunan al-Tirmizi. [Lihat: 402/5]

Hukum Memakan ᴅʜᴀʙ

Para ulama’ berselisih pendapat dalam hukum memakan ᴅʜᴀʙ ini. Akan tetapi, jumhur ulama’ menyatakan hukumnya adalah harus. Ini juga merupakan pandangan Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj:

Maksudnya: “Dan umat Islam telah ijma’ bahawa memakan ᴅʜᴀʙ adalah halal bukannya makruh sepertimana yang disebut oleh ashab (ulama’) bermazhab Abu Hanifah bahawa ia adalah makruh.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 93-94/13]

Antara dalil yang digunakan oleh para ulama’ dalam mengharuskan memakan ᴅʜᴀʙ ini adalah berdasarkan sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata:

Maksudnya: “Aku dan Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah SAW masuk ke rumah Maimunah. Lalu dihidangkan kepada kami daging ᴅʜᴀʙ yang telah ᴅɪʙᴀᴋᴀʀ dan Rasulullah SAW menghulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut. Tiba-tiba sebahagian daripada wanita yang berada di rumah Maimunah berkata: “Beritahulah kepada Rasulullah SAW hidangan apa yang beliau makan?.” Rasulullah SAW pun menarik tangannya, lalu aku bertanya: “Apakah daging tersebut ʜᴀʀᴀᴍ wahai Rasulullah?.” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi ia tidak terdapat di negeri kaumku, maka aku tidak menyukainya.” Khalid berkata: “Aku mengambil daging tersebut dan memakannya, sedangkan Rasulullah SAW hanya melihat.” [Riwayat Muslim (1945)]

Penutup

Kesimpulannya, kami tidak menemui sebarang hadith atau riwayat yang thabit daripada Nabi SAW bahawa ᴅʜᴀʙ akan hidup selama 700 tahun. Ia hanyalah pandangan daripada Ibn Khalawaih sebagaimana yang kami nyatakan di atas dan ia dinukilkan di dalam kitab-kitab yang mensyarahkan hadith Nabi SAW. Tambahan pula, Rasulullah SAW tidak melarang sahabtnya memakan daging ᴅʜᴀʙ ini walaupun baginda SAW tidak menggemarinya. Akhirnya, semoga Allah memberi kita kefahaman di dalam agama. Amin.

VIDEO:

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL