spot_img

Viral Rakaman Campuran 2 Vaksin Boleh Jadi Formula Berjaya

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pakar kesihatan menyokong langkah kerajaan mengkaji kemungkinan penggunaan vaksin berbeza untuk dos pertama dan kedua bagi meningkatkan daya ketahanan terhadap varian Covid-19 berdasarkan hasil kajian di luar negara.

Menerusi bual bicara dalam talian anjuran Oxford and Cambridge Society Malaysia, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan vaksin AstraZeneca untuk dos pertama dan Pfizer bagi dos kedua.

Beliau berkata, kertas kajian mengenai kaedah itu telah diserahkan kepada jawatankuasa vaksinasi kebangsaan.

Dr Lee Boon Chye.
- Advertisement -

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pendekatan ini boleh digunakan kelak, tetapi tidak perlu terburu-buru melaksanakannya.

“Perlu ada bukti lebih meyakinkan sebelum dijadikan dasar. Penggunaan vaksinasi mesti berdasarkan sains.

“Ketika ini, ada bukti awal menunjukkan penggunaan vaksin berbeza untuk suntikan pertama dan kedua,” katanya merujuk kajian dilakukan di Jerman dan Sepanyol, yang menunjukkan ia mampu membina daya ketahanan lebih baik.

- Advertisement -

Namun, percubaan Com-Cov Kumpulan Vaksin Oxford menganalisis pelbagai kombinasi vaksin untuk menguji tindak balas imun mendapati penerima cenderung mengalami kesan sampingan lebih kerap.

Sibrandes Poppema.

Ahli imunologi, Sibrandes Poppema, yang merupakan presiden Universiti Sunway, berkata “ia masuk akal bagi menggunakan vaksin berbeza sebagai penggalak”.

“Ini kerana dua vaksin akan mempunyai antigen tertentu (protein Covid-19) yang sama, sementara penentu antigen lain daripada adenovirus AstraZeneca tidak akan muncul lagi (dengan suntikan kedua Pfizer). Oleh itu, tindak balas imun terhadap antigen Covid mungkin lebih kuat.”

- Advertisement -

Walaupun amalan ini tidak digunakan secara meluas dalam vaksin manusia di pasaran, katanya, ia adalah amalan biasa dalam ujian klinikal ke atas tikus dan menunjukkan kejayaan.

Azrul Mohd Khalib.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib, bersetuju campuran vaksin boleh dipertimbangkan sebagai taktik berguna, berdasarkan hasil percubaan dan fleksibiliti yang boleh digunakan pihak berkuasa kesihatan jika timbul masalah bekalan pada masa akan datang.

“Ini pasti akan menjadi penyelesaian berasaskan sains yang baik untuk mengatasi masalah bekalan yang kita hadapi sekarang,” katanya sambil menambah ia akan memberi pilihan kepada kerajaan, sekiranya vaksin Pfizer dan AstraZeneca sukar diperolehi ketika program vaksinasi dilaksanakan.

Rakaman yang viral

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL