spot_img

Viral Rakaman Matahari Terbit Dari Utara

- Advertisement -

SULAWESI SELATAN: Satu rakaman video yang memperlihatkan matahari terbit dari utara yang berlaku di Jeneponto, di sini, semalam viral di media sosial.

Kompas.com melaporkan, seorang guru di Madrasah Aliyah Negeri (MAN) Binamu Jeneponto yang menyaksikan kejadian merakamnya menggunakan telefon bimbit dan memuat naiknya di media sosial.

“Melaporkan dari MAN Binamu. Sesuatu yang sangat aneh sudah berlaku. Matahari berada di sebelah utara pagi ini, Khamis 17 Jun. Sekarang jam 8 pagi, tetapi matahari sudah berada di sebelah utara,” katanya dalam video berkenaan.

- Advertisement -

Turut menyaksikan kejadian itu, beberapa rakan guru berkenaan.

“Kami bersama rakan-rakan di Jeneponto menyaksikan sendiri kejadian aneh ini. Belum pernah dilihat sebelum ini, kebiasaannya matahari pagi terbit dari timur, tetapi ketika ini (8 pagi) sudah berada di utara, tidak pernah terjadi peristiwa ini,” katanya.

Selain itu, suara dalam rakaman video berkenaan turut mengaitkan kejadian itu ada kaitan dengan tanda-tanda hari ᴋɪᴀᴍᴀᴛ.

- Advertisement -

Pihak Kompas.com kemudian mendapatkan penjelasan daripada Ketua Stesen Meteorologi Sultan Hasanuddin Makassar, Hari Triwibowo yang memaklumkan ia bukan petanda akan berlaku bencana buruk.

Sebaliknya, beliau berkata, fenomena itu berlaku setiap tahun.

Matahari terbit di utara

Sementara itu, kakitangan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) WIlayah IV Makassar, Agusmin H ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

- Advertisement -

Namun, katanya, kejadian itu berlaku akibat perubahan cuaca, iaitu cuaca sejuk dan panas.

Beliau berkata, fenomena matahari terbit dari utara disebut sebagai gerakan semu matahari (GSM)

“Apabila ia berlaku, kedudukan bumi condong sekitar 23 darjah. Putaran bumi di sekitar matahari yang tidak tegak lurus menjadikan hemisfera utara menerima banyak cahaya matahari dan sebaliknya berlaku di bumi selatan,” katanya.

Tambahan pula, kedudukan Jeneponto di Sulawesi Selatan berada pada garis lintang di selatan khatulistiwa.

Ia menyebabkan pada bulan-bulan tertentu seperti Mac hingga September kedudukan matahari seolah-olah akan terasa lebih terletak atau bergeser di utara dan puncaknya akan terasa pada Jun dan Julai.

Begitu juga sebaliknya pada September hingga Mac, matahari seolah-olah bergerak ke Selatan.

Simulasi astronomis, terbitnya matahari pada 17 Juni 2021 dan 17 Desember 2021 di MAN Binomu, Jeneponto, Sulawesi Selatan.(Marufin Sudibyo)

Rakaman yang viral

Matahari terbit di sebelah utara bukan petanda ᴋɪᴀᴍᴀᴛ

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Tiada kaitan langsung dengan ᴋɪᴀᴍᴀᴛ. Itu kesimpulannya selepas tular fenomena kononnya matahari terbit di sebelah utara dan mendakwa berlaku perubahan kiblat untuk umat Islam.

Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan sebuah video dirakam di Sulawesi Selatan, Indonesia yang menyatakan bahawa penduduk di kawasan berkenaan merakam fenomena terbitnya matahari di sebelah utara.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Razlan Ahmad berkata, ia fenomena biasa terutamanya di kawasan Jenepoto, Sulawesi Selatan, lokasi rakaman video tular itu dibuat seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Makassar.

“Itu perkara biasa kerana ketika solstis Jun, matahari berada pada kedudukan jauh ke hemisfera utara (garisan Saratan) dari Khatulistiwa berdasarkan kecondongan paksi bumi mengadap matahari sehinggalah kemuncaknya pada tarikh 21 atau 22 Jun.

“Cuma, disebabkan kedudukan geografi Jenepoto ini lebih ke arah hemisfera selatan bumi, jadi kelihatan seolah-olah matahari itu terbit di bahagian utara sedangkan matahari tetap terbit sebelah timur,” katanya kepada Akhbar Tempatan, sebentar tadi.

Razlan yang berpengalaman dalam bidang falak berkata, kedudukan bumi pada Jun ini berdasarkan kecondongan paksi bumi, bahagian hemisfera utara lebih condong mengadap ke arah matahari dan terjadilah musim panas bagi negara yang berada di hemisfera berkenaan.

“Bagi negara yang berada di hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk seperti di Australia dan New Zealand, jika ditanya adakah itu tanda ᴋɪᴀᴍᴀᴛ, apa yang saya boleh katakan adalah ‘Wallahualam’, kerana salah satu tanda ᴋɪᴀᴍᴀᴛ ada berkaitan dengan pergerakan matahari juga tetapi untuk fenomena tersebut faktanya seperti yang saya katakan tadi,” katanya.

Pada masa sama, jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa tiada perubahan kiblat memandangkan arah kiblat tidak mengikut matahari sebaliknya merujuk Kaabah yang terletak di Makkah.

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL