spot_img

Ketahui Warna Warna Kad Kuasa Polis Sekiranya Anda Di Tahan

- Advertisement -

SEKARANG ni dah banyak kes polis palsu kat Malaysia ni, seram tau. Pada tahun lepas, ada berita pasal dua orang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis kat Klang yang cuba ᴍᴇɴʏᴀᴍᴜɴ atuk yang tengah buat hal sendiri masa tu. Mengikut cerita atuk tu, dorang tahan dia dan buat cerita nak bawak pergi balai lah, apa lah. Of course lah atuk ni ikut je sebab tak tahu apa-apa kan.

Lepas tu, polis palsu ni pun berhenti kat lorong Taman Sentosa dan, ha bermulalah cubaan untuk ᴘᴇʀᴀꜱ ᴜɢᴜᴛ. Tapinya kan, atuk ni pun boleh tahan berani, okay. Dia cubalah untuk melawan tapi sekali kena ᴛᴜᴍʙᴜᴋ, aduhai (kuajaq sungguh). Tapi syukur, tak sempat nak kena ꜱᴀᴍᴜɴ, sebab ada abam pulis yang tengah buat rondaan kat kawasan kejadian tu ternampak dan terus tangkap penyangak-penyangak tu.

Jadi, hati-hatilah ye. Admin harap perkara ni dijauhkan daripada kita semua. Tapi, kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita. Kat sini, admin ada himpunkan tip-tip supaya korang tak terpedaya dan jadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ polis palsu ni pada masa akan datang.

1. Mintak Kad Kuasa Polis

- Advertisement -

Ramai yang tanya, “Boleh ke kita tau kalau polis tu palsu atau tak melalui penampilan?” Jawapan jujur: TAK BOLEH (rupa-rupanya, set lengkap seragam polis ni boleh dibeli dengan harga RM2,000 je tau).

Tapi korang ada hak untuk mintak dorang tunjukkan Kad Kuasa Polis. Kalau kena tahan dan keadaan masa tu macam mencurigakan, dengan penuh budi bahasa (sambil senyum), korang tanya lah , “Tuan, boleh tunjuk kad kuasa tak?” Ini untuk pengesahan.

- Advertisement -

Perhatikan Warna Kad Kuasa Polis tu:

Warna Merah: Anggota polis tu telah ᴅɪɢᴀɴᴛᴜɴɢ. Dia takde kuasa pun sebenarnye untuk buat apa-apa kat korang. So korang blah je lah.

Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.

- Advertisement -

Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.

Warna Putih: Polis Simpanan.

Kalau nak selamat lagi, korang catatlah nama, nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis/pakaian seragam dia dan nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tu.

2. Tanya soalan yang betul

Biasanya, polis palsu ini akan cuba mengalihkan perhatian korang dengan fokuskan soalan-soalan dorang pada korang, dorang akan perhatikan apa-apa kesilapan atau kelemahan dan gunakannya terhadap korang!

Kalau perkara ni berlaku kat korang, perkara yang paling penting untuk korang tahu ialah dorang tak boleh tahan korang melainkan ada sekurang-kurangnya sorang anggota polis yang berpangkat tinggi (kad kuasa warna biru) kena ada kat situ. Lagi satu, jangan melawan sebab polis ada hak untuk menggunakan ᴋᴇᴋᴀꜱᴀʀᴀɴ yang ‘munasabah’ kalau korang degil. Jadi, ikutlah langkah-langkah kat bawah ni:

Pertama: Tanya dorang elok-elok, “Adakah saya ditahan?”. Kalau dia cakap YA, tanya pulak, “Kenapa saya ditahan?”. Kalau takde alasan yang kukuh, dorang tak boleh tahan korang sebab bertentangan dengan undang-undang tau.

Kedua: Jangan lupa tanya balai polis mana korang akan dibawa.

Ketiga: Korang ada hak untuk buat SATU panggilan telefon. Call kawan, keluarga, jiran, peguam atau sesiapa je yang boleh harap) dan bagi tahu dorang kat mana korang berada dan butir-butir anggota polis yang tahan korang tu supaya dorang boleh tolong apa yang patut. Korang jugak boleh call Pusat Bantuan Guaman (LAC) berdekatan untuk tolong korang.

Pusat Bantuan Guaman:

Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072

Selangor : 03-3372 2792

Negeri Sembilan : 06-7633 035

Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514

Johor : 07-2235 698

Perak : 05-2550 523

Kedah & Perlis : 04-7333 467

Kelantan : 04-7448 660

Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830

Keempat: Selagi bantuan tak sampai, jangan gatal mulut tu nak bersuara kat anggota polis.

3. Jangan bagi dorang geledah tanpa waran

Kalau ada anggota polis datang rumah pastu cakap nak check rumah korang, hati-hati. Sebab pernah ada kes polis palsu yang buat perkara camni untuk nak ʀᴏᴍᴘᴀᴋ rumah tu. Jadi, kalau korang kena camni, jangan lupa untuk mintak dorang tunjukkan waran geledah.

Waran geledah ni ialah dokumen undang-undang yang berikan dorang hak untuk masuk dan geledah rumah korang sama ada korang benarkan ataupun tak. Korang kena tahu yang anggota polis tak boleh suka-suka geledah rumah korang melainkan ada hal yang berkaitan dengan kesalahan besar di bawah Kanun Prosedur ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ (CPC).

Polis wanita palsu ditahan.

INGAT: Jangan biarkan anggota polis terlalu dekat dengan korang. Bukan nak acah-acah ‘personal space’ tapi untuk berjaga-jaga dari kena ꜱᴄᴀᴍ. Kalau dorang nak check beg, keluarkan semua dalam beg tu dengan rela hati. Ini semua untuk nak elak polis palsu tu untuk letak ᴅᴀᴅᴀʜ (atau apa-apa yang menyalahi undang-undang) kat dalam beg korang supaya korang nampak macam pesalah.

Selain tu, kalau polis tu nak check telefon bimbit korang, jangan bagi melainkan dorang ada waran. Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), polis perlu ada waran (ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 247) dorang boleh check telefon korang. Kalau takde waran, perkara ni boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi dan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ hak perlembagaan korang.

4. Berjaga-jaga dengan kenderaan yang mencurigakan

Polis palsu sekarang dah makin pandai untuk manipulasi orang. Dulu, ada kes dua orang lelaki yang beli kereta polis yang dah tak pakai kat kedai lelong dan modify kereta tu sampai nampak macam kereta polis original. Siap ada siren dan lampu yang sama lagi tau! Gigih kan!

Kalau korang berada dalam situasi ni, admin nasihatkan korang untuk bertenang. Kalau korang rasa macam ada tak kena, ikut tip #2. Jangan nak pandai-pandai nak buat deal dengan polis tu. Kalau dorang tu polis palsu, memang dorang akan guna peluang ni untuk mintak duit kopi yang lagi banyak. Lagi sakit, kalau tu bukan polis palsu. Jangan main-main dengan ʀᴀꜱᴜᴀʜ, kalau kena ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ boleh masuk ᴊᴀɪʟ tau.

Jangan jadi sasaran mudah!

Admin rasa kita semua perlu tahu hak-hak sivil kita supaya kalau perkara macam ni berlaku, takde la ketaq lutut atau keras kaku tak tahu nak buat ape. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca Red Book, panduan yang disediakan oleh sekumpulan peguam yang dipanggil untuk bantu rakyat Malaysia pasal hak-hak korang. Selain tu, korang jugak boleh call nombor kat bawah ni kalau korang perlukan bantuan segera.

Nombor balai polis:

Kuala Lumpur: 03-2691 3005 / 03-2693 2072

Selangor: 03-5510 7007 / 03-3281 2428

Negeri Sembilan: 06-6013 844

Melaka: 06-2845 519 / 06-2864 514

Johor: 07-2235 698

Perak: 05-2550 523

Kedah & Perlis: 04-7333 467

Kelantan: 04-7448 660

Pahang: 09-5159 244 / 09-2969 410

Pulau Pinang: 04-2617 451 / 04-3108 451

Nombor talian hotline:

Semenanjung Malaysia: (03) 8880 3500 / (03) 8880 4607

Sabah: (088) 286 100 / (088) 675 570 / (089) 764 40

Sarawak: (082) 442 228 / (085) 418 118 / (084) 333 788 / (086) 334 189

Jaga diri tu elok-elok ye. Kalau korang tak nak kena tahan, terutama masa road block, pastikan road tax dan insurans korang sah; tak kisahlah korang bawak kereta ataupun motosikal.

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL