spot_img

Viral Rakaman Aksi Nelayan Geletek Ikan Dikecam Netizen

- Advertisement -

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang nelayan Amerika Syarikat yang memuat naik video dirinya menggeletek seekor ikan di TikTok baru-baru ini dikecam netizen kerana menyebabkan ikan itu berada dalam keadaan tertekan, lapor Akbar Tempatan kelmarin.

Jeffrey Dader, 29, keluar bekerja untuk menangkap udang karang di Cape Cod Bay, Massachusetts tanpa sengaja telah menangkap seekor ikan bersama-sama udang karangnya.

Dia kemudian memuat naik video bertajuk ‘Bagaimana cara untuk menggeletek ikan’ sebelum memakai sarung tangan tebal dan menggeletek ikan itu.

- Advertisement -

Dalam video tersebut, kelihatan mulut ikan itu membentuk seperti senyuman namun penonton yang berang dengan tindakan Dader berkata ikan itu sebenarnya sedang terkapai-kapai untuk bernafas.

“Ia menceriakan hari saya. Ikan tersebut mempunyai wajah yang gembira dan kelihatan seperti seorang bayi.

“Selepas saya menggeleteknya, saya melepaskan semula ikan itu ke dalam laut,” kata Dader.

- Advertisement -

Video tersebut sudah ditonton sehingga 114 juta kali dengan 13 juta tanda suka.

Pengkritik berkata dua titik yang nampak seperti mata ikan itu sebenarnya merupakan lubang hidungnya dan di bawahnya pula adalah insang ikan itu.

“Ini sangat tidak berperikemanusiaan. Sangat menyedihkan apabila haiwan dilayan begini hanya untuk mendapatkan jumlah tontonan dan sukaan yang banyak,” tulis seorang netizen.

- Advertisement -

“Jelas kelihatan bahawa ikan itu sedang tertekan,” tulis seorang lagi netizen.

Dader bagaimanapun berkata bahawa dia tidak menyakitkan ikan tersebut dan melepaskannya semula ke dalam laut.

Rakaman yang viral

Reaksi warga maya

Ikan tu nampak macam tercekik je

Saya tak pernah nampak ikan secomel macam ini

Saya suka melihat ikan tersenyum

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL