spot_img

Wawa Wahid Enterprise Ditahan Polis

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Wanita yang tular dalam rakaman ᴍᴇɴɢᴜɢᴜᴛ anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan, di sini, pada 17 Jun lalu direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, jam 11.20 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis ᴍᴇʀᴀᴍᴘᴀꜱ pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

- Advertisement -

Katanya, polis turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

“Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.

- Advertisement -

“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan ꜱᴀᴍᴀɴ terhadap wanita terbabit atas ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ᴜɢᴜᴛᴀɴ,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

- Advertisement -

Katanya, siasatan dijalankan mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 506 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan ᴘᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan sudah meliputi 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.

MOHD Zaidi menunjukkan antara barangan yang ᴅɪʀᴀᴍᴘᴀꜱ untuk membantu siasatan lanjut. FOTO Juwan Riduan.

Rakaman yang viral sebelum ini

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL